Sunday, November 13, 2011

Perihal Gembira

Aku rasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku selalu rasa lebih bagus daripada orang lain.

Pagi-pagi, aku selalunya akan berjalan separa mamai dari Putra ke pejabat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sepanjang perjalanan itu, aku selalu perhatikan kakak-kakak dan abang-abang pekerja sokongan (seperti pengawal, tukang sapu dan tukang cuci). Mereka masuk kerja awal sedangkan kalau nak ikutkan, aku boleh masuk jam 9. Saja datang awal jadi tak perlu lari-lari dan boleh juga pulang awal.

Bila pandang mereka, aku raasa kesian. Dalam hati terdetik, berapa sangatlah gajji mereka ni? Kerja susah-susah, membanting tulang tapi berapa sangat mereka dapat? Alhamdulillah, gaji aku lebih daripada mereka.

Kononnya kerja aku dan gaji aku ni hebat sangatlah. Betapa aku ini sangatlah silap.

Selalunya (sebenarnya selalu sangat), aku tengok pekerja-pekerja ni bernyanyi atau beresiul masa kerja. Selalu sangat mereka ini aku tengok senyum bila ditegur. Pendek kata, mereka gembira. Mereka sedia untuk tersenyum dan tidak kisah untuk bekerja.

Macam kene pukul dengan tukul besi, aku tersedar sendiri. Sekalipun gaji mereka mungkin aku rasakan kecil berbanding gaji aku, apa yang aku tau tentang mereka sebenarnya? Aku tak tahu kalau mereka bekerja di beberapa buah tempat dalam satu hari. Malah, aku sendiri tak tahu kala mereka dapat kerja lebih waktu hujung minggu.

Kalau aku ketepikan soal wang, mereka ini gembira dengan kerja yang mereka buat. Dulu, seorang kawan pernah cakap pada aku: bila dah makin lama kerja, makin susah nak senyum. Tekanan dengan client, permintaan client yang melampau, beban kredit card, kerja lebih masa, tak cukup rehat secara mental, kurang masa dengan keluarga; ini pernah aku alami. Itulah yang buatkan aku susah sangat nak senyum kadang-kadang.

Bila aku dengar pekerja-pekerja sokongan ini bernyanyi, aku rassa kecil sangat. Aku rasa sedih dengan diri sendiri. Adakah aku gembira sampai aku tergamak judge mereka? Apa, aku ni bagus sangat ke?

Di surau, pekerja-pekerja sokongan ini yang akan baca Yasin selepas solat Zohor. Aku malu. Kononnya aku cakap kerja mereka maam takde standard. Tetapi tengoklah, mereka ada masa untuk baca ayat suci al-quran. Aku? Selalu sangat tergopoh-gapah nak kejar waktu kerja.

Kesian kan? Aku kasihan kat orang-orang yang gembira. Aku kasihan pada orang-orang yang berasa cukup. Sungguh aku tak malu.

Dihantar dgn belas kasihan kawan yg pinjamkan modem.

2 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

salam

itu yg selalu aku fikirkan.
kita ada duit tapi kita tak ada masa. terkejar2 dengan kerja yg tak pernah habis.

manusia disisi Allah sama. yg membezakan ialah tingkat taqwa

Unknown said...

yusuf mujahidin: itulah. semoga kita semua terus bertakwa.