Thursday, December 08, 2011

Perihal 'Topi Kerja'

Ini kisah Spongebob (Squarepants) dan Patrick. Seperti yang kita tahu, Spongebob ada kerja tetapi Patrick tidak. Sebagai tapak sulaiman yang selalu dianggap tidak berguna, Patrick sangat gembira bila mana dia dapat memakai topi kerja Spongebob.

Malangnya, sejak memakai topi tersebut, Patrick tidak boleh berdiri betul. Spongebob ingatkan Patrick tidka boleh berdiri kerana terlalu gementar. Dan Mr Krabbs suka kerana dia boleh buat pertunjukan Falling Fool dengan khidmat Partick.

Seharian Patrick jatuh-bangun-jatuh-bangun. Spongebob pula yang kasihan sehingga dia memujuk Patrick untuk berhenti. Mr Krabbs (macma biasa), tidak setuju. Patrick pula berkeras untuk kerja kerana dia sudah bosna digelar orang yang tidak boleh berbuat apa-apa. Dan dia sangat sayangkan kerja itu (tidak mahu melepaskan topi kerja). Mukanya sakit, badannya juga sakit tetapi demi topi kerja itu, dia sanggup.

Adakah anda terasa dengan sinopsis cerita di atas? Sanggup mengekalkan status walaupun sebenarnya badan tak larat, sudah penat, calar-balar? Sebahagian kita memilih jalan ini manakala sebahagian lagi tidak mahu jualkan jiwa pada sistem kapitalis begini.

Sekalipun ini cerita kartun, ia memberi satu kesan yang sangat besar pada aku. Premisnya cukup mengesankan.

No comments: