Wednesday, September 21, 2011

Emak - Bila Sedar Bypass

Selepas bypass, mak duduk kat ICU dulu. Masa tu, memang tak nampak luka dia lagi cuma nampak kesan jahitan di kedua-duka kaki. Dua-dua belah kaki? Tak sangka pulak mereka ambil urat daripada dua-dua belah kaki. Rupanya, empat yang tersumbat, bukan tiga.

Masa nurse hantar masuk dalam wad, memang sedih rasanya. Rasa macam nak menangis tapi kena tahan.

Bila dah pindahkan ke katil, nampak mak macam tak larat tapi dia gagahkan juga diri. Batuk tak henti- henti sebab nurse cakap paru-paru shutdown sepanjang pembedahan, dalam lima jam. Batuk keluar semua kahak tapi eloklah.

Malam tu, tak henti-henti keluar muntah dah kahak. Kesian mak, sekejap-sekejap ubah kedudukan katil tapi takpelah. Asalkan dia selesa. Itu yang penting.

Malam tu mak memang tak tidur. Habis badan basah sebab muntah. Sekalipun tak makan, muntah air dan angin tetap ada. Aku mengaku, aku memang menangis dalam gelap. Sedih sangat tengok mak menangis sebab rasa tak sedap badan.

Sekejap-sekejap dengar bunyi mak mengeluh dan menangis dalam gelap. Nasib baik katil betul-betul boleh park kat tepi katil mak. Setiap kali aku sua air, mak minum sikit dan mungah beberapa minit lepas tu. Dia tolak air tapi aku paksa juga minum sebab lebih baik keluarkan semua kahak dalam paru-paru supaya dia boleh bernafas dengan lebih elok.

Pergi ke tandas bukan susah sangat sebab emak kuatkan semangat untuk uruskan diri sendiri. Malam dia dipindahkan ke wad cuma perlu panggil nurse dan kami angkat serta pimpin dia ke tandas, itu sahaja. Itupun, tak sampai tengah malam, nurse cakap dah tak perlu pengawasan untuk tekanan darah. Emak lega sikit sebab dah tak perlu panggil nurse untuk ke bilik air.

Malam itu, mak cuma tidur lebih kurang tiga jam. Bila dia berdengkur, rasa lega. Tapi itupun sekejap-sekejap sebab emak akan batuk.

Menjelang pagi, emak dah tak batuk-batuk lagi. Malah, jalan pun dah laju. Lega sikit rasanya sebab kesian tengok emak batuk-batuk macam tu.

Aku terbayang kalau malam tu aku tidur mati macam biasa. Kesian mak, mesti dia akan tidur dalam muntah dan kahak.

Jika anda akan temankan sesiapa untuk pembedahan bypass, seeloknya siangnya orang lain jaga dan malam pula anda jaga. Itulah yang adik-beradik kami buat. Sekurang-kurangnya, yang jaga di wad tak pula jatuh sakit (walaupun ada satu pagi tu aku demam sedikit).

Emak sudah pulang sekarang. Esok mahu kerjakan resepi untuk masakan tidak berminyak. Semoga proses penyembuhan emak berjalan lancar. Amin.

Ouh dan terima kasih atas sokongan anda semua :).


Sent from my iPad

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

Alhamdulillah. :)