Hari ini dan semalam, tidak terkecuali. Mujur hari ini super sibuk. Sedar tak sedar, sudah jam satu tengahari. Seronok.
Pulang kerja, cuba memenatkan diri sendiri. Pusing klcc, keluar, terperangkap dlm trafik setengah jam, patah balik klcc. Lepas hujan memang dia punya teruk jam, tak boleh nak cerita. Hari ini bertuah pulak ada orang nak tumpangkan. Kesian jugak kalau dia drive sorang-sorang. Bosan pulak dalam kereta.
Sibuk kau lain. Sibuk aku lain. Aku percaya kau kadang-kadang tiada masa nak layan orang, kan? Jadi, samalah kisahnya di sini.
Hari dah lewat. Aku mahu mulakan mimpi sekarang. Selamat malam.
Sent from my iPad
1 comment:
ah, cuti memang melonggarkan sendi semua. waktu tidur pon beralih juga. adoi.:( nunyte ucu! hehhe.
Post a Comment