Thursday, April 01, 2010


keep yourself dehydrated
Originally uploaded by uculer
pelik tetapi benar. sungguh, tidak tipu. badan seperti tong dram (berisi air) yang telah bocor. perlu kerap kali diisi. itulah yang dirasakan kini.

sekalipun hujan turun dengan lebat, itu tidak bermakna keadaan badan sama sejuk dengan keadaan di luar. tidak sama sekali.

seperti biasa, memang akan sentiasa kedengaran bunyi batuk-batuk secara koir di dalam pejabat (kentut pun mungkin ada tetapi mestilah tuan punya badan nak cover). dah kerja pejabat, pastilah sama-sama berkongsi udara yang sama (dan juga greenhouse gases yang sama) dan kemungkinan untuk sama-sama jatuh sakit juga adalah tinggi.

sungguh comel. ' eh kamu dan deskmate tak datang semalam?'

'a ah. kami sakit.' macam adalah comel kerana sama-sama sakit. macamlah sakit itu adalah satu tempat yang terletak di terengganu.

ha memandangkan kita dah bercakap tentang terengganu, haha nampak sangat tipu sebab tuan punya blog je tengah menaip seorang diri. takpela kita teruskan aja..pejabat saya akan menganjurkan lawatan ke pulau perhentian pada bulan july. awal bulan julai. ye, saya paham. ketika perlawanan bola sepak sedunia. ya, sudah dekat dengan perlawanan akhir waktu itu.

maka kami pun macam setiap harilah berdoa tanpa henti semoga tempat tersebut akan ada tv. tak mahu flat screen, tv dan astro sudah cukup. itu paling penting. tidak sanggup rasanya mahu tengok keputusan perlawanan melalui SMS sahaja. tidak tidak!

begitu teruja sehingga sudah hafal semua jadual perlawanan. dan sudah buat perancangan mahu duduk di mana untuk melihat perlawanan.

eh, sedang bercakap tentang cuaca bukan?

ya baiklah. kita sangat perlu untuk menjaga kesihatan pada waktu sekarang. bukan pada waktu sekarang sahaja. yang saya maksudkan adalah setiap masa. minum air jarang dengan kadar yang banyak dan ambillah vitamin C. kalau macam rasa malas nak kunyah oren, telan saja vitamin. itu paling mudah kerana waktu-waktu begini memang sangat mudah diserang penyakit demam dan batuk. batuk pula hingga tahap serupa batuk kokol.

ya, sekian dulu siri peringatan untuk diri sendiri ini. sudah mahu tidur kerana penat bersenam menggunakan anak buah. letak anak buah di kaki kemudian cuba gerakkan kaki. kasihan kamu imran, pasti kamu sangka saya mahu bergurau dengan kamu. maaflah, kamu hanya dipergunakan dengan bayaran sekeping biskut famous amos.

selamat datang ke dunia yang kejam, imran.

p/s: kelik di sini untuk mengetahui cara menonton persembahan BEP dan tokio hotels secara percuma

No comments: