kita berhak membuat pilihan (oleh itu para pengguna, marilah lakukan pilihan yang bijak!). seperti karangan di sekolah. kalau cikgu suruh tulis karangan 'hari lahir saya', kita mempunyai pilihan utk menulis samada karangan itu lucu, sedih ataupun mengerikan. tapi mestilah masa sekolah (rendah) begitu suci, takkanlah mahu menulis 'saya tersadung batu di luar kelas, kemudian terjatuh ke atas pengawas lalu menyebabkan dia terperosok ke dalam longkang. itulah kenangan hari lahir saya yang paling indah'. mahu juga capang telinga tu nanti kena tarik.
lihat? kita sebenarnya mempunyai pilihan. seperti juga menulis blog. kalau rasa mahu tulis tentang diri sendiri, ikut sukalah. kalau mahu tulis makanan pun ikut sukalah. tetapi jangan lupa, jika sudah menulis blog, sila kirim salam pada 'keinginan untuk mempunyai privasi'. mahu privasi, sila cipta blog private sendiri yang boleh dilihat oleh kawan-kawan rapat saja.
lagi satu:
'at this age, whatever you say can reach across the globe but that does not make you smarter than the drunken guy sitting at the end of the bar'.
kan?
eh cop. sebenarnya tulis blog waktu lunch hour ini ada tujuan. tujuannye adalah nak cakap 'saya suka memilih blog design. saya suka mempunyai pilihan yang banyak. disebabkan suka, saya akan begitu teruja hingga hari-hari pun rasa nak ubah design'. hiks.
dan rasanya, kalau hari ini saya nak tulis pasal design, tak salah kalau esok lusa orang lain tulis tentang penggunaan font yang pelbagai di dalam blog. kan?
hey berapa banyak soalan daaa. dah dah pegi 'pau' fries orang di meja sebelah.
2 comments:
ahaha. tapi dalam banyak2 design, saya suka yang ada bantal. sebab saya suka tido :P
by the way, once blogging. say tata to privasi and yes, people are watching you. :)
ala syud, itu hari dah ubah sekali lps tu nak gune yg tu balik dah tak lawa :(
Post a Comment