ya mari kita semua senyum simpul seperti imran.
ye, akhirnya sudah tiba hujung minggu. tadi di pejabar seperti sudah mahu putus nafas akibat kepenatan bekerja. mengalahkan penoreh getah dan juga pembajak sawah. ini semua kerana mamat yang sedang tersenyum ini. nampak macam tidak berisi tetapi sumpah sungguh semangat.
tadi sudah menyerahkan diri untuk menjadi tukang dukung semasa mama imran membeli-belah. dan sekarang, dua jam kemudian, sudah terasa kesan di pinggang. yeslah. esok pasti pinggang meraung.
sebenarnya yang seronok sangat ni bukan sahaja sebab cuti, malah kerana akan bekerja membaiki blog review ataupun di panggil review centre. panggil sendiri-sendiri sahaja padahal nama sebenar adalah one spot review.
apa ada di situ? kami akan cuba membawakan perkhidmatan online yang menarik pada pandangan mata kami. iyalah, sebagai pengguna, kami cuba mempersembahkan apa yang kami rasakan berguna dan menarik kepada pengguna lain.
buat masa ini, review centre masih lagi macam budak baru merangkak, masih baru lagi. imran tak kira sebab dia dah besar tapi dia malas nak jalan. TETAPI yang menarik tentang review centre (sungguh random tetiba cakap pasal blog pula) adalah cik coree akan membawakan pelbagai online shop yang menarik. dengar-dengar cerita, beliau akan mereview sebuah online shop dalam review yang akan datang. iaitu tidak lama lagi mungkin esok lusa. dengar kata, online shop itu menawarkan diskaun yang sungguh menarik. eh tak tau la. kita kena tunggulah ramai-ramai.
adeh. perlu berehat sekarang. imran kau ni sebenarnya 5kg ke 55kg?
No comments:
Post a Comment