Thursday, March 29, 2012

Buta


' Stay with the feelings.'

Ash merungut dalam hati. Hantu. Bukan kau yang kena, bolehlah kau cakap. 

' Ganda dua,' Adif bersuara sambil menghirup teh ais milik Ash.

' Sakitlah gila' Ash bersuara seakan merintih.

' Sekarang kau faham tak? Sekarang kau nak mengaku tak dia memang ada enzim mughallazah dalam perut dia?' Adif bertanya sambil bersandar, beg sandang hitam dibetulkan duduk di atas perut. Riak wajah Adif cukup untuk menjelaskan yang dia ingin benar mengatakan 'aku dah cakap, kan?' pada Ash.

' Tak salah mencuba, kan?' Ash mengacau teh ais yang hanya luak suku sahaja. Di meja sudut terhimpit itu juga yang masih menjadi pilihan mereka. Meja yang jadi tempat rasmi Adif dan Ash hampir setiap hujung minggu.

Adif mengeluh. Kuat bunyinya. ' Inilah dia orang perempuan. Berharap sangat lelaki akan berubah. Berharap tak kena pada tempat.'

' Manalah tahu..' tetapi gelengan kepala Adif menghentikan hujah Ash yang baru separuh keluar.

' You girls are so caught up in storybooks and cheesy movies that you cannot differentiate reality anymore. It is so simple. A bye means a bye. Kenapa yang susah sangat nak faham?'

Nada suara Adif mungkin tidak tinggi tetapi cukup menghentam hati Ash.

' Maaf, aku patut... but...haih,' kesian pula Adif melihat Ash terlopong di depannya sekarang. ' Maaf, it came out wrong, Ash. A relationship guru like me...'

' Relationship gurulah sangat,' Ash mengejek kembali.

' Eh kau lupa ke filem Hitch? Single punya single sekali ambik kau!'

' Ha yelah. Nak sangat,' Ash tersenyum.

Hari ini mereka bertemu lagi. Masih lagi di tempat yang sama dengan menu yang bertemakan teh. Masalah juga masih sama; dilema cinta Ash. Atau perhubungan. Biasalah, adat orang bujang. Boleh dikatakan, itulah yang mengikat persabahatan mereka, Adif sebagai kaunselor tidak bergaji Ash. Dan Ash pula sentiasa setia mengumpul masalah.

Perkenalan mereka penuh dengan kebetulan. Kebetulan hari itu mereka menonton wayang seorang diri. Kebetulan Adif baru sahaja ditinggalkan kekasih tetapi kerana sayangkan tiket wayang, dia pergi juga menghadap filem Pirates of the Caribbean. Barisan kerusi untuk dua orang hanya berisi Adif dan Ash. Di dalam keadaan separa gelap selepas tayangan filem, Adif mula berbasa-basi dengan Ash. Kebetulan cadangan itu disambut dan sekarang, mereka di sini. Ash dengan kisah cintanya yang sentiasa pelbagai dan Adif pula setia menjadi kaunsellor tidak bergaji.

' Aku serius, Ash. Tolong berhenti cipta alasan untuk mereka. Learn to take things literally,' Adif menyambung bicara yang masih melekat di kepala. Walauapapun topik yang diceritakan, akan ada satu topik yang sangat melekat di kepala Adif.

' Kau tak faham, Adif. Aku bukan makin muda,' Ash tunduk.

Adif tahu ada air bergenang di mata Ash. ' Oi. Janganlah nangis. Nanti lens kau keras,' Adif menolak tangan Ash dengan telefon bimbit.

' Kau lainlah...' suara Ash bergema lagi. Sedih sangat bunyinya.

' Apa yang lainnya? Ash, kau cuma dua tahun lagi tua daripada aku. Berhenti mengarut boleh?'

' Kau senanglah cakap. Siapa yang nak pada aku nanti kalau dah tua-tua sangat?' Ash menjeling sambil tersengih lalu pandangan dialihkan keluar restoran. Adif kagum sangat dengan perempuan ini. Kagum bagaimana cantiknya senyuman Ash walaupun jelas kesan air mata di pipi.

' Aku nak!'

Ash memandang Adif semula lalu tergelak. ' Dah selalu sangat kau cakap macam ni..' Ash menarik pinggan berisi donut di depan Adif. Rapatnya mereka hingga tidak kisah berkongsi makanan langsung.

' Kau nak aku buktikan?' Adif merenung wajah Ash terus.

Ash hanya tergelak. ' Kaukan dah brozone aku?'

' Bila aku cakap aku brozone kau?' Adif bertanya. Kali ini Ash pula yang terdiam. Mata mereka tidak lepas merenung wajah masing-masing.

' Macam mananya yang kau rasa aku brozone kau? Dengan bercakap dengan kau hampir setiap hari? Dengan sentiasa ada untuk kau?' Adif tenung wajah Ash makin dalam. Anehnya manusia, yang ada depan mata pun tidak nampak.

' Kau...cerita semua benda kat aku?' Adif tiba-tiba jadi sangat serius.

Adif mengeluh. ' Kau ni, samada terlalu naif ataupun kau tak faham brozone tu maksudnya apa. Apa yang selalu aku cerita dekat kau?' orang seperti Ash perlu dirangsang otaknya untuk berfikir.

' Urm...semua?'

Adif mengeluh lagi. Kalau boleh, mahu sahaja diherdik 'muka cantik tapi bimbo'. Masalahnya, Ash tidak bimbo. Satu lagi, Ash tidak cantik tetapi comel. Comel sangat.

' Baiklah. Soalan itu mungkin susah sangat, kita tukar soalan lain.Takkanlah kau tak tahu kenapa aku selalu nak jumpa kau?' nada suara Adif kini keras. Satu, kerana dia geram dengan Ash. Dua, jantung Adif kuat menghentam tulang rusuk saat ini. Lama betul menyimpan perasaan. Takut nanti semua jadi kusam.

' Kau...urm... bosan?' Ash pula yang gagap. Seperti ingin mengisi masa yang terluang, donut yang di tangan disumbat laju-laju ke dalam mulut.

Jawapan Ash buatkan Adif tergelak. Sehari suntuk setiap minggu mengisi masa dengan Ash dalam masa dua tahun ini, agak mustahil juga kalau nak mengatakan Adif cuma bosan. Apa yang kelakar sangat dia ni?

' Serius kau rasa aku cuma bosan? Seharian mengadap muka kau, sambung pula di telefon, kau kata aku cuma bosan. Ash...' Adif memandang gadis di depannya dengan muka tidak percaya.

' For someone who talks so much about age, you seem to be so inexperienced.' Adif mula mengambil beg yang kini sudah di lantai.

' Kau nak pergi mana? Adif!' Ash gelabah. Ini kali pertama dia lihat Adif begini.

' You are a hopeless case, tahu?' dengan kata-kata itu, Adif meninggalkan Ash.

' What?' berdesing telinga Ash. Mula-mula Adif bertanya soalan yang bukan-bukan, melenting pula selepas itu dan sekarang menuduh yang macam-macam. Seperti lelaki itu pula sedang mengalami gangguan hormon.

Disebabkan tidak mahu menarik perhatian di dalam kedai, Ash pantas memanggil Adif yang sudah sampai di pintu. Dengan selamba Adif berpaling pada Ash sambil memegang telefon dan membiarkannya berdering.

Sengaja nampaknya. ' Aku hopeless case?' Ash terpaksa meneguk air hingga habis kerana marah sangat.

No comments: