Bayangkan hidup di dalam keluarga dengan tak dapat kasih sayang. Hidup di bawah bayang-bayang adik-adik dan abang-abang. Mungkin juga tidak dipedulikan ibu dan ayah. Sedih sangat bukan?
Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk menarik perhatian ibu bapa? Selalunya kalau di dalam hal ini, unwanted kids will become troubled kids. Daripada troubled kids, upgrade lagi sikit jadi criminals pula.
Nampak atau tidak masalah sekarang? Nampak tidak bahawa kita mungkin ada masalah hang berat mungkin dalam 30 tahun akan datang. Betapa banyaknya unwanted kids (yang dibuang misalnya) yang ada potensi tinggi untuk menjadi troubled kids dan penjenayah nanti. Sekalipun mungkin ada keluarga yang akan mengambil bayi-bayi yang terbuang ini, masalah tetap aka ada.
Bukanlah nak cakap yang bayi yang tidak dibuang keluarga akan jadi orang baik-baik tetapi mengapa mesti tambah statistik? Risaukan kalau kalau statistik bayi terbuang yang bakal jadi troubled kids, teenagers dan kemudian adults.
Jadi, bagaimana? Bagaimana untuk membendung masalah ini? Apakah yang boleh kita lakukan sebagai sebuah masyarakat? Masalah yang mungkin nampak enteng sekarang tetapi bakal menjadi nanah satu hari nanti.
Penyelesaian yang diberikan dalam buku Freakonomics mungkin sangat ekstrem. Tetapi, it works. Bukanlah aku menyokong tteapi mungkin kita patut cari penyelesaian pada masalah ini.
Ini cuma kerisauan yang diterjemah di sini, itu sahaja. Penyelesaiannya mungkin tidak begitu mudah tetapi mungkin kita semua boleh berbuat sesuatu di masa depan.
Ye, busuk sebab bentangkan masalah tapi tak bagi penyelesaian. Bahahaha!
No comments:
Post a Comment