Sunday, April 22, 2012

Kempen Derma Darah (#TwtupDarahCP 2.0)

Semalam telah berlaku satu kejadian di mana ramai orang yang selama ini memenuhkan susur masa Twitterjaya telah menghadirkan diri ke Sime Darby Medical Center (eh ke eja centre? My England is not powderful) utk menderma darah.

Macam biasa, malas nak mengarang maka kita tepek gambar sahaja.


ini adalah buku rekod anda. berlainan dengan report card di sekolah, kalau anda ada buku ini dan penuh komen, anda badass. oke maafkan penggunaan kata tersebut.

memperkenalkan, pengarah program. rasanya nama dia bell_on. oke maaf nabila. gurau sahaja.


sebelum derma darah, kita kene makan dulu tau. memperkenalkan sebahagian daripada yang terjebak dalam program ini.

nantikan, kalau awak tak makan sebelum menderma, akan jadi mcm ni, terpaksa didokong orang.

maaf, jika anda mempunyai tendency sebegini, anda tergolong dalam golongan orang yang tidak boleh menderma. ada dekat poster SDMC tau. bukan saya saja cakap.

perhatikan reaksi si tudung merah. ish ish korang ni. senonoh sikit.

btw, itu si syaiton atau azfar yang datang juga sebab tak tahan dibuli bahahha.

dah makan, setelah sudah pemikiran dijahanamkan, lek dulu, online. of course, sambil twitjeck org.


ala dramatik habis. cari urat je pun.

dia single dan dia juga single. email for enquiry. kbai.


dmekdy said 'it's a boy!'

inilah pemandangan dari luar. penuh kan? seronok tau.

baiklah, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyokong program ini. tak kiralah yang hadir atau tidak, yang menderma atau tidak dapat menderma, terima kasih. terima kasih banyak-banyak.

jumlah darah yang terkumpul semalam: lebih kurang 90++ beg :).

jadi, lain kali kalau ada lagi, nak datang tak?

Pictures: credit to @Mytheorem

No comments: