Permasalahan cinta memang takkan pernah habis. Dan permasalahan cinta seringkali sahaja rumit. Kalau tak rumit, takkan ada peperangan merebut cinta. Tiada juga yang nekad menculik demi cinta.
Mendapatkan cinta itu mudah. Mempertahankan cinta itu bukan mudah.
Tetapi bila cinta terkorban, apa yang turut mati? Kewarasan mungkin?
Dah selalu aku dengar 'putus cinta, berhenti kerja'. Tetapi, apa backup plan? Sudah bersedia dengan kerja baru? Sudah ada pelan lengkap mcm mana untuk meneruskan hidup? Sudah fikir bagaimana mahu terus bantu keluarga (kalau perlu)?
Kenapa diturut sgt perasaan? Kalau hubungan sudah habis, kau ingat dia akan kisah kalau kau susah? Jangan bergurau. Untuk apa dia fikir panjang-panjang. Kau bukan lagi sebahagian drpd hidup dia (dlm byk kes).
You know, personally I would say, never let anyone see how much you mean to them. Because that means that they will have a strong say on what or what should not be done by you. Why let anyone hold the reign of your life? For me, it is best to show that without them you are fine. Great even. Channel the negative energy into performing at work for example.
Buat benda gila demi cinta memang seronok. Tapi, akibat nanti dah fikir ke belum?
No comments:
Post a Comment