Tuesday, October 26, 2010

fantasi vs realiti

aku suka spencer reid. tetapi aku tak pasti kalau aku suka matthew gray gubler. ada perbezaan di situ kerana mungkin aku suka karakter nerd yang dibawakan matthew, bukan personaliti dia secara keseluruhan. itu adalah kenyataan yang sedia aku terima. 

mungkin jared padalecki seorang yang suka membantu orang buta melintas jalan, pastilahh aku akan lebih jatuh hati pada dia. ehem. 

apa yang orang ada, selalu kita rasakan lebih bagus daripada yang kita ada. kerta dia lebih besar, kerja dia lebih glamour, tempat kerja dia tiada kesesakan lalu-lintas. serba-serbi yang dia punya, semuanya lebih baik. kalau begitu, buang saja semua yang kita ada dan ambil semua yang dia punya. 

apa yang dia ada, kau nampak dari mata kasar sahaja. di belakang-belakang itu, apa yang kau tahu? 

donald trump memang kaya oh-em-ji. tapi dia pernah bankrupt beberapa kali. itu jangan dilupa. tengok? tak semua yang dia lalui indah-indah belaka. 

kalau hari ini kita baik bas kerana berjimat daripada naik teksi, ketahuilah bahawa ada orang terpaksa jalan kaki. kalau kita rasa letih untuk ke pejabat, kita masih ada pekerjaan. 

kadangkala aku lupa juga, tapi itulah kenyataan. 

magis. renung kad touch n go selama sepuluh minit boleh terhasil benda ini. hoh

1 comment:

PearlKaz said...

ringkas tapi padat. sangat2 benar... huhu.