apa yang kita nampak, mungkin lain dengan apa yang cuba ditampilkan dek pengkarya (tukang buat video atau penulis). kalau nak suruh dia terangkan, mungkin boleh tapi larat gilelah kau nak suruh mark romanek pegi terangkan video die. macam banyak pula masa dia nak pegi jawab sebijik-sebijik.
dah tersasul, marilah kembali ke perkara pokok.
contoh paling mudah adalah warna. aku ambil yang mudah-mudah sahajalah. kalau kita lihat di dalam drama, seorang gadis pingitan, selalu dipakaikan dengan pakaian putih. putih itu adalah satu perlambangan yang perempuan ini adalah seorang yang baik, tidak bersalah dan juga suci. kadang-kalalah, kadang kala juga ia boleh dilambangkan sebagai entiti di alam lain tapi aku lebih fokus pada pemakaian perempuan yang biasa di dalam drama.
seperti juga warna hitam. ia seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang negatif (ouh ya, hitam memerangkap haba. kalau tanak daging masak dalam baju, kurangkan pemakaian hitam) seperti kematian ataupun orang jahat. ying dan yang; hitam dan putih.
merah. kalau kita tengok video klip alif sattar dalam 'jangan nakal', perhatikan bahawa awek dia memakai baju berwarna merah. begitu juga dengan maya karin dalam pontianak harum sundal malam.
perlambangan untuk warna merah; merbahaya. menggoda. berahi. sengaja aku kongsikan tiga makna di sini kerana ornag yang melihat akan membuat interpretasi dan interpretasi ini mungkin sama-sekali berlainan dengan apa yang ingin disampaikan pengarah filem dan video muzik.
simbolik sesuatu perkara itu bagi aku sangat manis. manis bukan sebab apa, manis kerana tidak semua orang mungkin faham.
jadi, di lain kali anda ingin menulis atau mengarah video muzik, apakah simbolik yang bakal anda gunakan?
No comments:
Post a Comment