kalau mahu, minta betul-betul. kalau minta disayangi dan dicintai, mesti minta dengan elok. mesti sungguh-sungguh. kalau kita nak minta kerja pun, kita minta dengan sungguh-sungguh, jadi, apa salahnya kita meminta pun dengan sungguh-sungguh.
minta pada Dia.
kalau sekadar minta diri sendiri disayangi, nanti akan disayangi oleh kawan-kawan pada kadar pukal (bukanlah salah mungkin tidak begitu menepati kehendak kita). jadi, kalau mahu disayangi seseorang yang bukan kawan, mesti cakap dengan terang, jelas dan nyata.
sebab, kita mesti tahu apa yang kita mahu. kalau kita pun tidak begitu pasti, macam manalah Dia nak memberi.
tak gitu?
nota kaki; saya rasa kamu bawa sedikit kestabilan dalam hidup saya. sedikit tetapi cukup memberi kesan emosi yang lebih tenang.
1 comment:
betul, kalau meminta itu biarlah spesifik. jangan minta secara general lepas tu bila Tuhan dah bagi mula nak merungut..
Post a Comment