Wednesday, October 20, 2010

masa kau kecil


SDC13889
Originally uploaded by uculer
semuanya indah. kau rasa kaulah superhero paling kuat di dunia. kau rasa kaulah yang paling hebat, tampan, kacak, lawak dan disayangi.

sampai satu masa, seseorang bunuh kepercayaan kau.

dan kemudian, untuk selama-lamanya kau jadi begitu sinikal. kau cemuh semua lagu cinta yang kau dengar. kau sanggup biarkan CD titanic di tepi meja berbulan lamanya kerana bagi kau, semuanya ada ulterior motive. bagi kau, tiada apa yang ikhlas dalam dunia ini. pandangan kau sarat dgn syak-wasangka.

parut yang tak nampak itulah parut yang paling dalam. yang paling lama tinggalkan kesan.

tolong jangan bunuh kepercayaan sesiapa. dunia ini sudah cukup gila. tak perlulah kau susah-payah tambahkan perisa pada dunia yang sudah sedia korup

No comments: