Saturday, October 23, 2010

berita baik

seperti entri di bawah yang dihiasi dengan gambar anak buah, marilah mengenang masa kecil yang tenang. tanpa hutang. ya, hutang. 

mari bercakap PTPTN. selalunya aku panggil PTPTipu tapi hari ni mood aku baik, marilah kita gunakan PTPTN. thi hi hi. 

ah janganlah berasa aneh. mesti ada sebab kenapa mood sungguh baik. kerana PTPTN akan menurunkan kadar bunga, daripada 3% kepada 1%. 

kau kata sikit. sikit kau kata? kalau hutang terkumpul kau dekat-dekat 60k, silalah buat kira-kira berapa banyak bunga kau kene bayar setahun. tak botak kepala?

tetapi kini sudah ada berita baik. kadar bunga akan ditukar kepada ujrah. maksudnya, sudah turun. 

eh jangan terburu-buru. setiap peminjam sudah diberikan jadual untuk penurunan itu. sila rujuk di sini http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp. ikut jadual tersebut, pasti pening kepala nak bayar hutang makin kurang. 

selamat menikmati hari-hari gembira para peminjam PTPTN. 

nota kaki: kot la marah kat PTPTN, bayarlah hutang tu. kesian kat orang belakang. 

No comments: