curahkan dalam bentuk cereka pendek sahaja
' kau sayang dia?' ada satu suara berbisik saat aku tenung wajahnya.
aku tahu dia tak perasan. asyik benar menilik buku di tangan.
kalau aku jawab soalan itu, mungkin dia akan kata aku gila. dia tahu,
teman aku cuma dia di saat itu. ah, biarlah aku bermonolog dengan diri
sendiri sahaja. seperti biasa.
sayang. bukan susah sangat pun nak mengungkapkan kata sayang. sayang
pada kawan, emak, ayah, adik, kakak, basikal. cakupannya terlalu
meluas.
tetapi si dia ini. si dia di depan mata. pasti aku sayang benar pada
dia. dengan siapalah lagi tempat bermanja. bukannya aku tiada ibu ayah
tapi di perantauan begini, siapalah lagi tempat bermanja?
jangan cuba berkhutbah tentang kasih sayang pada Tuhan. aku ini
remaja. sudah pasti ini adalah masa di mana aku lebih pentingkan
kekasih.
' awak?' suara serak-serak basah itu mengejutkan aku dari lamunan.
' ye?' hampir sahaja lidah aku tersasul menambah sayang.
' saya mahu yang inilah,' si manis itu memecah kesunyian yang entah
berapa lama wujud antara kami berdua.
' betul mahu yang ini?' bukan aku tak dengar kata-katanya tadi, aku
sengaja ingin bertanya. sengaja ingin aku rasakan bahawa dia perlukan
aku.
dia yang manis, berbaju merah hari ini, mengangguk, tersenyum.
aku pegang buku braille di tangannya. jangan tanya apa tajuknya, aku
belum mahir 'membaca' braille. mungkin tidak akan mahir.
' mari,' aku pegang tongkat si gadis. dia selesa begitu.
sayang, bukan aku tak sayang. tetapi dia keras benar menolak. bagi
dia, dia tak sama taraf dengan aku yang elok penglihatan. dia bimbang
kalau-kalau perasaan aku hanya kasihan.
aku kesat air yang bertakung di kolam mata. sampai hati si manis. aku
cuma ada enam bulan lagi sebelum penyakit ini membunuh aku. kedekut
benar dia, mahu simpan rasa sayang semata untuk diri sendiri.
4 comments:
aku suke!
ok, tetibe mcm sedih ok..hayioo..pastu ape jadik?
Azrah:time kasih la siap share semua
Nadiah:ala kenw smbg
bende best mmg wajib dishare :D
Post a Comment