Sunday, November 14, 2010

teruskan

otak sudah penat sebenarnya tetapi hati terus berbisik "habiskan sahaja, teruskan, jangan berhenti."

duit duit duit. kerja untuk dapat duit, menampung hidup dan memenuhi tanggungjawab. 

penat, bukan tidak penat tetapi hati terus-terusan menghasut: "sikit sahaja lagi. kalau berhenti sekarang, sungguh rugi". 

maka jari-jemari yang sudah sekian lama menekan papan kekunci, terus menekan kepingan-kepingan plastik yang disusun rapi. abjad-abjad berselang nombor kembali memenuhi skrin. hati mula berbisik lagi, " syukur. sudah banyak yang dapat disiapkan."

sudah siap satu bahagian. bahagian yang satu lagi pula. periksa kualiti kerja yang disiapkan. 

maka satu demi satu kertas mula dicetak, kemudian, diteliti satu-satu untuk pastikan tiada kesalahan. 

periksa, tilik, tengok. ada sesuatu yang tidak betul. tetapi....

belek, belek dan terus belek. peluh sudah mula muncul di dahi. otak yang sudah sedia penat, dipaksa pula bekerja dengan lebih pantas. 

mesti cari kesilapan, mesti betulkan. 

maka jantung berdegup dengan lebih laju, gelabah jadinya 

tak jumpa, mana? 

panik mula menyerang. kali ini, baju betul-betul lencun dek peluh. 

tiba-tiba, pandangan sudah dipenuhi bintik-bintik hitam. sakit, tiba-tiba dada rasa sungguh sakit. 

di tengah kepekatan malam, ada satu tubuh rebah di lantai bilik tidur. dikellingi dokumen-dokumen kerja dan fail-fail yang bertaburan. 

kasihan dia. 

nota: ini cuma cerita. saya ulang, cerita saja

No comments: