Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya, iPad pun tiba ke Malaysia secara rasminya. Nampaknya produk Apple yang satu ini bakal memberikan persaingan kepada Samsung Galaxy Tab.

Ye, lepas tu kenapa kene menaip macam ni? T__T

Baiklah, Maxis dah pun offer pakej untuk iPad beserta microSim. Maka pemilik iPad yang ada WiFi sahaja ini pun menangis T_T. Menangis sebab sekarang malasnya nak switch on laptop tapi lagilah malas nak tukar pembekal berukband kepada streamyx WiFi. Ha dah tu diam je la.

Jauh sangat melencong tapi mari patah balik. Tujuan saya menaip entri sambil tonton cerita Asmara (yang sebenarnya tak tau hujung pangkal tapi ni ape penjahat bole nak bergusti dengan polis ni?) adalah untuk mencadangkan pemilik-pemilik iPad akan aplikasi yang penting untuk dimuat turun.

Application Shopper....taraaaaa!!

contoh bagaimana Application Shopper berfungsi

' Kenapa ia penting? Why ouh why?' (Dua bahasa digunakan untuk menunjukkan betapa ini persoalan yang sungguh penting)

Setiap hari, ada sahaja aplikasi baru yang dikeluarkan di iTunes. Kadang-kadang susah untuk tengok semua senarai aplikasi terbaru untuk iPad. Dan kadang-kadang, aplikasi yang ada di kedai iTunes itu hanya percuma untuk beberapa hari sajaka. Maka dengan sebab inilah anda perlukan application shopper. 

Sila lihat gambar di atas, ia menunjukkan bahawa penurunan harga berlaku daripada USD 2++ kepada percuma sahaja. Tetapi mesti cepat, kalau harga bertukar hinga berbelas-belas dollar, agak rasa nak menangis juga. 

Aplikasi ini terbahagi kepada pelbagai kategori seperti Utilities, Productivity, Education dan Entertainment. Anda hanya perlu klik pada kategori-kategori berikut di mana terdapat pilihan samada beli, want it atau own it. jadi, anda boleh pastikan samada semua itu anda sudah miliki atau belum. 

kool bukan? 

jadi, ini memang satu aplikasi yang wajib anda muat turun. mudah untuk kita lengkapkan aplikasi yang ada dalam iPad. 

sekian dulu, aplikasi yang wajib anda muat turun. jangan jadikan iPad anda sekadar jam untuk kejutkan anda pagi-pagi T_T. 

4 comments:

s.c.h.u.l.t said...

aik? macam selalu je buat ipad jadi jam? HAHAHAHAHA larikkkkkkkkk!

Unknown said...

kalau dah cakap macam tu, iye la tu T_T

Calvin Foon said...

now that iPad is officially launched here..i expect more ppl will find your blog more relevant. Keep posting app reviews ya.

Unknown said...

thank you for the support. will try to do so