anyways, bertemu lagi kita pada hari ini. saya baru lepas makan, mana boleh terus tido. jadi marilah kita membuat karangan dulu sambil tengok cerita buat-buat baju ni. hari ini saya nak cerita tentang satu lagi aplikasi untuk iPad.
adakah anda suka membaca? saya suka. suka sangat. cita-cita dalam hidup ini adalah untuk memiliki sebuah kedai buku sendiri. bukan sahaja buku, saya juga membaca majalah kadang-kadang. ah bukan remaja kerana saya bukan lagi remaja tetapi reader's digest. adakah anda juga begitu?
adakah anda pergi ke kedai buku dengan bersemangat, melangkah ke kedai buku dengan senyuman sambil berlagu riang, membayar reader's digest dan berlari-lari anak kembali ke rumah dan kemudian terasa ingin koyak majalah tersebut untuk buat origami? adakah anda membuka sehelai demi sehelai muka surat dan anda mula terasa terganggu kerana ia dipenuhi dengan survey-survey yang panjang berjela menyamai lebuhraya persekutuan? adakah anda kini menjadikan reader's digest anda sebagai mouse pad kerana kualitinya sudah tiada?
oke itu mcm over sangat.
walau bagaimanapun, suka saya kongsikan di sini bahawa majalah yang sudah lebih kurang 70 dalam penerbitan, kini boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna iPad. setakat yang saya tahu, edisi ini adalah edisi UK. tapi okelah kan, jimat tak payahlah bayar RM 15 lepas tu darah tinggi sebab byk iklan.
anda boleh memuat turun majalah-majalah ini (kalau tidak silap, ia mula ditawarkan secara percuma bermula jun 2010) dan disimpan di dalam iPad anda tanpa memerlukan talian Internet. ia sungguh berguna untuk orang-orang seperti saya yang iPad hanya versi WiFi. masa mula-mula baca tu, macam tak puas juga. ada juga gaya macam nak selak mukasurat tapi nak selak hapenye dah tunjuk atas skrin sahaja.
apa yang saya dapati, reader's digest versi UK mempunyai lebih 'jokes' page. ia juga mempunyai pertandingan seperti 100-word story di mana cerita yang ditulis mesti untuk 100 patah perkataan, tidak lebih tidak kurang. malah, mereka banyak berkongsi akan cerita-cerita yang mempunyai kisah teladan yang cukup menarik.
namun, jika anda mahu memuat turun setiap edisi, anda memerlukan halaju internet (apsal rasa macam salah ni ah belasah) yang stabil, bukannya seperti hidup segan, mati tak mahu. jika anda memuat turun di cawangan-cawangan kedai kopi ataupun old town white coffee, eloklah anda bersedia dengan minuman dan makanan untuk menunggu ia habis memuat turun.
jadi bagaimana? selepas ini kalau nampak banyak iklan pun tak mengapa kerana percuma. heh.
p/s: saya belum update iTunes untuk membolehkan multi-tasking pada iPad T__T. adakah anda sudah?
2 comments:
another free magazine for iPad worth downloading is the INTERVIEW magazine. It's catered more to the cool, trendy crowd who are into fashions and celebs. Like me :)
is that a new one?
Post a Comment