Wednesday, December 15, 2010

Aplikasi; Expense Manager

Anda malas mahu login maybank2u cek akaun hari-hari? Anda malas cek baki simpanan di dalam bank melalui ATM? Anda mahu kawal perbelanjaan tetapi malas bawa buku 555 ke hulu ke hilir? 

ah apa guna telefon pintar anda selain daripada tangkap gambar di dalam tandas ataupun tangkap gambar kaki secara berjemaah. ataupun tangkap gambar sendiri dan photoshop mcm Clarky ini. 

kalau anda berminat untuk mencatatkan setiap perbelanjaan anda, usah tunggu lama-lama. muat turunlah aplikasi Expense Manager untuk telefon cap HTC, iPhone atau BlackBerry. alah tiada gambar pula tapi tidak mengapa, ini ada link untuk android

menggunakannya cukup mudah. anda cuma masukkan pendapatan anda dan kemudian masukkan perbelanjaan anda setiap hari. terdapat pelbagai kategori seperti makanan, perjalanan, utiliti dan kesihatan (setelah dialihbahasa). 

Secara peribadi, saya dapati aplikasi ini amat berguna kerana saya dapat beringat (sedikit) dalam berbelanja. bukan itu sahaja, kita juga boleh menetapkan masa bila kita harus membayar duit kutu eh maksud saya bil letrik atau telefon. ini bagus untuk mengingatkan orang yang terlupa di mana dalam kes ini, semua orang boleh lupa, bukan bangsa melayu sahaja. 

Dengan aplikasi ini juga saya dapati bahawa saya dapat melihat setiap perbelanjaan saya, dengan syarat saya masukkanlah. kalau tak masukkan lepas tu icon dia buat hiasan dengan telefon bimbit tu nak buat apa pulak kan? jadi, ianya efektif jugalah. tidaklah berbelanja macam tak ingat dunia, macam kad debit itu kad gores dan menang dalam bungkusan mamee pulak kan. 

eh lama la tak makan mamee. mana eh nak cari?

ye itu sahaja. sekian sahaja dulu. jangan marah tade gamba cube cari tak jumpe hihi. 

2 comments:

Clarky Afif said...

feewit!
eh lenkali letak pic yuh nanti kan konfem ramai readers hehe

Unknown said...

pic ai? oke
(brush up skill photoshop skang gak)