Sunday, December 05, 2010

bunyi apakah?

pagi tadi, makan nasi lemak. selalunya pasti akan makan dengan tumpuan yang penuh. 

tetapi tidak pagi tadi. 

tengahari, tonton televisyen dengan rakan-rakan. tetapi entah mengapa, tumpuan hilang. terbang melayang.

petang, makan goreng keledek. hari ini tidak sekreatif selalunya. kalau tidak, rajin cari gula untuk cicah gula. 

tetapi, tidak hari ini. 

malam, semalam sedang berbaring di katil, baru aku perasan sesuatu. 

sepanjang hari ini, tumpuan aku betul-betul terganggu dek satu bunyi. bunyi seperti kaca pecah satu demi satu. bukan terhempas ke lantai tetapi bunyi kacah pecah seolah-olah terlalu lama terdedah pada cahaya matahari. 

ouh. rupanya bunyi hati aku pecah jadi keping-keping kecil. bila aku teringat hari ini, kau yang akan duduk di atas pelamin biru. 

p/s: ini cerita sahaja. maklum, bersempena musim orang kahwin. sesiapa yang bakal dan sudah jadi raja sehari, saya mendoakan rumahtangga anda dirahmati Tuhan. Amin

No comments: