Wednesday, November 10, 2010

layang-layang

nota: ini antara idea paling lama bersarang di kepala. diilhamkan oleh seorang kawan yang sekarang hilang entah ke mana. 

' along. kau nak main layang-layang ke?'Sarah, adik Fauzan, sudah tertegak di depan pintu. Mujur Fauzan tidak melakukan aksi-aksi yang mencurigakan. Contohnya, membuat lompat bintang. 

' eh, baik pula angin kau hari ni. selalu panggil longan je,' Fauzan menyindir. Buku di atas katil dicapai, dibawa ke ruang tamu. Hanya hari minggu begini Fauzan dapat meluangkan masa menonton TV atau berbual dengan keluarga. 

Sarah hanya tersengih. ' ala long.' Terus sahaja Sarah menuju ke ruang tamu. Arif benar dengan kebiasaan Fauzan. ' aku nampak kat status Facebook kau tadi.' 

Fauzan tersenyum. 

' kau nak tau?' Fauzan sengaja mengacah. 

' yelah.' 

' aku bukan ajak orang main layang-layang.' 

' habis?' 

' kau tahu? bercinta ini macam bermain layang-layang. kau orang yang pegang tali, si dia pula angin. kedua-dua kamu mesti berusaha untuk naikkan layang-layang itu bersama-sama. 

kalau angin sahaja yang ada, layang-layang takkan naik tanpa orang yang mengemudi layang-layang. kalau kau cuma tolak layang-layang ke atas dan berlari berbatu-batu, layang-layang takkan naik. 

kadang-kadang, nak naikkan layang-layang tu mudah sangat. tetapi, untuk biarkan ia di atas bukan satu kerja senang. macam bercinta. kadang-kadang ada tercuit sana sikit, sini sikit. kadang-kadang ada yang merajuk, ada yang marah-marah. ada yang mengamuk macam nak minta kaki.' 

' minta kaki?' Sarah peluk kusyen. 

' minta penerajang.' 

' oh. haha jadi status tadi...jiwanglah ni?' Sarah senyum meleret. 

Fauzan diam. Layang-layang macam sudah lama ada. Tali sudah elok, sudah siap. Memang tali yang paling bagus, Fauzan tahu kerana dia yang akan jadi pengemudi. tetapi angin itu bagaimana? mahukah dia bertiup? mahukah dia bertiup sama rentak dengan Fauzan? dan kalau ribut, mampukah Fauzan menahan layang-layang supaya tidak jatuh? 

Apa yang Fauzan dan Nina ada sekarang sudah cukup elok. Mereka sepatutnya sudah pergi lebih jauh daripada sepasang sahabat. sudah lama sebenarnya. 

tetapi...sudikah Nina membantu dia menaikkan layang-layang mereka?

No comments: