Wednesday, January 18, 2012

Review: Kelabu

Nota: Ini merupakan pilihan peribadi. Tidak diberi jaminan yang anda juga akan berasa benda yang sama bila membaca buku ini.

Sebelum korang semua mulakan pembacaan buku ini, aku ingin beri amaran. Ia akan usik perasaan korang dengan keadaan yang sungguh dasyat sekali.

Hati akan terbuai dek manisnya percintaan di peringkat awal pembacaan karya Nadia Khan (atau neddo di kapasitor). Kemudian, masuk pula bab memujuk kekasih hati. Di bahagian tengah kau akan terperanjat dan dari situ, perasaan kau akan terheret di ruang-ruang Kelabu. Untuk terima seadanya atau menghukum sesuatu yang berada dalam dunia Kelabu.

Amir mencari cinta. Amir yang masih menyintai Suhani. Jun si "mata sepet yang menawan". Kemudian ada pula Shah yang dapat membaca Amir dengan begitu mudah sekali.

Terus-terang aku katakan, sepanjang membaca buku ini, aku mmg senyum meleret tak habis-habis. Separuh masa pertamalah. Masuk separuh masa kedua, semua perasaan bercampur-baur. Jiwa kacau, sedih, sayu, lucu (dengan dialog Shah) dan macam-macam lagi.

Kalau nak terbuai rasa mengenang zaman baru bercinta, inilah dia. Kalau nak belajar ayat power mengayat perempuan, inilah dia juga. Kalau nak belajar ayat mcm jilaka pun yang ini juga (ini mulut Shah).

Aku boleh cerita yang ini sahaja. Sebab ia sungguh oh-sem, mana boleh bocor rahsia kat sini.

5 comments:

orang kurang rajin said...

Hai, memang best ye? Saya nak beli tapi ragu-ragu. Akan beli lepas ni :P

s.c.h.u.l.t said...

Sedang mencari! Takmo beli secara pos. Nak beli on the spot! :D

Unknown said...

org kurang rajin: selamat
syud: baik!

amii afandi said...

saya sudah baca. memang terbaik. sebab separuh daripada buku tu, baru saya dapat detect yang si amir itu sebenarnya amira.

patutlah dikatakan dunia kelabu. dunia tanpa jelas.

nice story.

Unknown said...

amil afandi: samalah kita!