aku mmg dok mengadap twitter sekarang. itu aku akui.
yang seronoknya tentang twitter sebab selalunya yang terkeluar itu selalu sangat apa yang terlintas di kepala. tak banyak, sikit perangai dunia realiti terbawa ke dalam dunia maya.
dua tiga hari lepas (maaf, aku dah tak ingat) ada orang sebut tentang mencari kebenaran. pendek kata tentang agamalah.
aku faham, dari kecil kita diajar untuk ikut apa yang disampaikan. terima tanpa banyak soal. tetapi apakah erti ilmu kalau tidak mencari?
pergi borak dengan mualaf. pergi tanya bagaimana mereka jumpa Islam. adakah sekadar tunggu rasa ingin tahu itu datang atau mereka bertanya.
nak bertanya pun tolonglah jangan di Facebook atau Twitter sahaja. Facebook tu aku boleh tahan lagi, kat Twitter tu yang aku tak tahan. kau nak bermanja dengan orang pun tak cukup dengan 140 aksara, ini nak jatuhkan hukum. mana dalil? mana ayat quran? mana? mana?
yang di Internet ini cuma bahan sampingan. kita masih perlu berguru secara fizikal untuk ilmu.
ini, peringatan untuk aku.
No comments:
Post a Comment