Sunday, January 08, 2012

Perihal #toyz4kids

aku memang dah lama terjebak dengan Twitter ni. hingga pada tahap mcm dah malas nak layan Facebook. bagi akulah, kau boleh jumpa like-minded people on Twitter.

seperti biasa, Internet kalau digunakan dengan elok, bakal membuahkan hasil yang elok juga. #CelakaParty (which sharted as a joke), is now on its way to be making something that is not a joke. tahun 2012 akan dimulakan dengan acara pembahagian hadiah kepada pesakit di wad pediatrik di HKL. Permainan yang bakal diagihkan bukan hanya datang daripada ahli #CelakaParty tetapi adalah hasil sumbangan daripada sesiapa sahaja yang sudi. Dan, kami tidak hanya menerima sumbangan dalam bentuk permainan yang baru sahaja. Permainan yang terpakai juga diterima.

acara pengumpulan mainan telah pun berlangsung dengan jayanya semalam di Bugis Street Cafe, Pandan Indah.   lebih kurang 15 orang (atau lebih) telah memeriahkan majlis dan membawa permainan masing-masing. lepas tu, aku yang blur ni pegi tak ambik gambar permainan tu semua pula. pakat camwhore muka dengan 'partner' dan time kami semua ni duduk lepak. sungguh jahanam.

nanti aku try kecek gambarlah.

anyways, pembahagian permainan itu semua akan dijalankan pada 21 Januari dan kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda (jika ada yang berminat). Ia boleh datang dalam bentuk permainan ataupun alatulis (gunting, kertas minyak, pita selofan bla bla bla). Pada 15 Januari ini, kami akan menjalankan upacara membalut hadiah di tasik berdekatan Amcorp Mall lebih kurang pada jam 4 petang. kepada yang berminat, sila hubungi , ,  atau @ di Twitter. Anda juga boleh hubungi saya supaya boleh saya rujuk pada mereka. Terima kasih.

No comments: