baiklah tadi sudah terupdate tetapi mahu update sekali lagi.
malam itu sungguh dingin. tiada langsung angin yang bertiup pada malam sabtu itu. semuanya seperti statik, tidak mahu bergerak.
motif kau bercerita macam nak tulis cerpen dah kenapa?
okelah. semalam baru lepas menonton matthew gray gubler maka tido jam 1 pagi. selepas habis digodek-godek blog. ketika mahu tidur, terdengar bunyi aneh. bunyi semacam. sedikit takutlah kerana sebelum itu menonton supernatural. jadi sedikit terusik dengan bunyi tersebut.
adakah saya turun dari katil lalu memeriksa keadaan? mula-mula saya SMS sepupu suruh periksa pintu. kemudian...
sudahpun pagi. magik kan? tidak jadi takut kerana terlalu mengantuk. oke sila jangan baling tomato busuk.
tetapi itulah, sejak kebelakangan ini memang kawasan rumah ini sedikit angker. itu hari ada sepupu datang dari pulau pinang. beliau yang selama ini tidak pernah mengigau, telah mengigau hingga ingin memukul bini beliau (saya tidur mati ingatkan suara bini dia menjerit sekadar mimpi maka tidur tanpa kompromi). mungkin juga kami berjiran dengan yang di alam lain. maklumlah, sudah 27 tahun menduduki tanah ini.
ouh ye, semasa beliau mengigau, ada bunyi anjing melolong. eh ke howling itu sama dengan melolong? oke maaf mengantuk tak mahu fikir. mungkin itu satu kebetulan saja tapi saja nak buat mcm dalam filem maka makcik pun berkata 'nampak hantu kot'.
takut memanglah takut. tetapi, bukankah kacang hantu itu lebih menakutkan?
4 comments:
jangan dilupa kes cermin hilang dalam bilik sepupu lg 1.
kemudian selepas sepupu lg 1 ckp "pulangkan balik"
keesokannya benda tersebut ada di dalam bilik sepupu 1
sekian .
jangan biarkan diri anda diseluuojbungi misteri (ceh aku ngantuk. taip dah macam apa dah)
selamat menjelajah ucu!
catt: ouh ye ke? mcm mane itu. cube terangkan dgn lebih lanjut
syud: diselubungi selimut takpe kan?
okay
kt dlm bilik die
ade cermin tau yg kt ikea tu yg ade 4 pieces . tp asing2 laa ala ko paham la cmne kan
emm
then
bile die balik mlm tu
cermin tu hilang 1 piece
pelik tak?
dh cri dlm bilik
tkde
keesokan hrinye
mak aku jumpe cermin tuh kt bwh meja abg aku
tu crite 2
dikopi and pes dr status "seram" sy di fb semalam :)
Post a Comment