Thursday, March 18, 2010

sungguhlah fani bila terjaga pada waktu tengah malam dan tidak boleh tidur. fani hingga rasa macam nak terjun katil. fani hingga rasa macam nak gigit meja.

oke sudah. kalau nak buat cerita fani tidak boleh tidur seperti..sila lawat kapasitor.net. dan tulis di situ. silap-silap boleh masuk prasasti. tak pun kap-sule.

pagi-pagi haruslah bersiap sedia mahu ke sekolah. maka apabila tidak boleh tidur, maka sangatlah gundah-gulana. sungguh gundah hingga mula terfikirkan alasan mahu minta MC. tetapi kemudian sedar diri. tak sakit jangan mintak sakit, kelak buruk padahnya.

maka cuba berfikir tentang sungai, laut, matahari, berlari di tengah-tengah bunga daffodil di dalam kepala untuk tidur. sambil-sambil tangan memintal telinga bobo, beruang warna biru belang di dalam bilik.

sungguh sukar untuk tidur tidak tahu kenapa. mungkin terlalu gumbira dengan projek terbaru (yang hanya akan berjalan pada hari sabtu kerana begitu sibuk pada hari tidak minggu. sibuk tetapi boleh menulis blog sepanjang ini).

mungkin hanya mungkin. sesungguhnya sudah tiada idea. maka penulisan sungguh cacamerba. kalau waktu sekolah memang cikgu sudah piat telinga biar panjang sedepa. haha sungguh berusaha nak kasi sama ritma.

ya masanya sudah tiba. boleh tidur sekarang kerana tadipun sudah lembik seperti sayur rebus selepas kerja.

4 comments:

s.c.h.u.l.t said...

teddy kamu nama bobo? comelnyaaaaaaa!

Unknown said...

haha maseh maseh
die mmg comel
dah la stripe kaler biru

nora ashikin said...

projek ape ucu??

Unknown said...

kinkin: project shhhh...