Sunday, March 28, 2010

always tempted to put my foot beside the mark

nampak sangat tiada kerja lain bukan? haha dah lama pls sbrnrnya nak buat mcm ni cume tidak berpeluang sahaja. oke tidak lah tidak berpeluang. selalunye, mark kasut yang ada di stesen putra sedikit pudar tapi yang ini sudah dicat semula mungkin. jadi tidaklah mahu melepaskan peluang maka terus sahaja mengambil peluang ini untuk mengambil gambar.

pastilah selepas semua orang sudah turun daripada koc dan turun ke platform bawah. segan weih.

anda boleh cuba sesuatu dengan tanda kasut itu. yang yang warna cokelat itu. pastikan bahwa anda tidak keseorangan di stesen putra. apabila anda melihat bahwa terdapat sekurang-kurangnya seorang di tepi anda, yang bukan merupakan rakan taulan, rakan sekampung, kawan main guli, kawan pukul kucing eh i mean orang yang anda tidak kenal, acukan kaki anda ke kasut yang sudah sedia dilukis di simen. kemudian, berdiri di dalam tanda kasut tersebut.

anda kata saya gila? anda silap. orang yang berdiri bersama anda itu akan turut sama mencuba apa yang telah anda cuba. sebaik sahaja anda habis melakukan perkara tersebut, perhatikan bahawa pihak lagi satu akan cuba untuk berbuat perkara yang sama, meletakkan kaki ke dalam kasut yang dilukis di atas simen.

saya jamin ia akan jadi sangat kelakar. tetapi saya tidak jamin anda tidak akan diketawakan jika anda melakukan di sekitar kanak-kanak dan remaja sekolah (kerana mereka selalu rasa mereka cool).

p/s: masak la kami macam ini kene dukung imran hari-hari. patah pinggang weih

4 comments:

Anonymous said...

hahaha..(eh gelak kan ucu?)
tidak..tidak gelak kan imran,eh.hahhaha.

Unknown said...

ha takot la tu :P

s.c.h.u.l.t said...

:D selalu je syud buat ucu tapi tidaklah amek pic. comelnye perbuatan. hihi

Unknown said...

syud: mmg dha tade keje. dah la lps tu jumpe kawan yg dah lama tak jumpe. gamba die tak amek pon, amek gamba kaki. sungguh takde keje