Sunday, July 07, 2013
sea, sun, love
(misleading entry. gambar tiada kaitan dgn entry)
bulan puasa memang ditunggu-tunggu. banyak sebab sebenarnya tetapi yang ingin disentuh di sini adalah waktu bekerja. ya, boleh balik awal. ya balik awal stok pukul 3 petang punya balik.
ramai berkata 'bestnya balik pukul 3'. yelah bestlah kalau kene mandi sebelum sahur, makan lps tu pakai baju terus tunggu bas. kalau bernasib malang, 30 minit jugalah kau tunggu bas tu tak sampai-sampai. mmg penuh dugaan romadhuon (mulut herot sikit) betullah kalau kau dah berkobar-kobar kalah budak sekolah sekali ketibas semua bas tak datang lagi. bukan itu sahaja, batang hidung teksi pun tak nampak. mulalah kaki yang sbnrnya elok je sebelum tu jadi sengal-sengal, pedih-pedih sikit. dasar tiada benih kesabaran dalam diri betul.
kalau nasib baik, mmg boleh sampai dan balik awal. yg tak berapa nak nasib baik tu kalau balik pulak bas buat hal. bertolak pukul 4 misalnya. mmg nganga je la sebab akan stuck dalam jam. kita sambung tido sambil ternganga (kisah benar). dengan tade ekonnya hoi sedihnya rasa. macam zaman sekolah kene tido dalam bas yg serupa bekas kedap udara, tido terlentok-lentok dengan peluh menitik kat dahi. puas jugalah tido daripada 4.15 sampai 5.15 kot. itu pun tak sampai lagi.
penyelesaian? penyelesaiannya adalah buat deal dengan pakcik teksilah siap-siap untuk memastikan anda boleh sampai jam 7 pagi ke pejabat dan pulang jam 3 petang. kebarangkalian stuck dlm traffic jam itu sgt rendah.
ouh btw, office saya flexi hour. hiks.
sudah hampir lapan setengah. anda sudah repeat berbuka atau belum?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment