Monday, July 30, 2012

Teh O

puasa hari kesembilan, akak tak mangket sahur u'olls. oke, bangunlah sebenarnya tapi dah jadi macam sahur zaman student. bukak mata hanya untuk minum teh o. ha elok sgt. nasib baik tak pengsan petang tadi.

ceh. ceh. padahal belum ada sejarah orang mati sebab puasa. drama sangat. 

tapi saya syak sebenarnya gegeh tgk olimpik. itu sebab tak jadi pengsan. pengsan di sini bermaksud pengsan secara literal. 

sbnrnya nak tgk judo, taekwondo tu. tapi macam tade org nak tgk je. set-set tgk lumba basikal. tapi dapat tgk Hungary- Slovenia judo tadi pun lepaslah. dia punya ganas lain macam. 

bercakap ttg olimpik, seronok betul tgk opening olimpik itu hari. nampak kemas dan detailnya cukup. dah lama tak tgk muhammad ali, itu hari dapat tgk dia. tapi dia dah sangat lemah. rasanya dia tak boleh berdiri. kesian juga perempuan yang pegang dia untuk berdiri tu. dah la bekas ahli gusti. tapi agak tak senonoh juga tunggu habis opening terus tido. nasib baik tak bangun hari isnin. 

sbnrnya (dah berapa kali taip sbnr tah) sangat gembira. bukan selalu dapat jumpa kawan yang sudi mengingatkan kita apa yang kita lupa. lupa diri, lupa daratan, lupa asal-usul; pilih satu. jadi, seronok berbual dengan gadis itu sampai tidur terbabas sampai hampir pukul satu. 

kawan datang dan pergi. tetapi saya berharap sangat saya dapat terus berkawan dengan orang-orang yang saya dapat jumpa sekarang. disebabkan mata sudah semakin kuyu, apa kata kita berhenti dulu di sini?

No comments: