itu hari ada orang cakap:
' bayangkan kebarangkalian A bila kita membuat keputusan untuk memilih A. dapatkah kau bayangkan jalan kita hari ini kalau kau pilih B? dan kemudian C? terlalu banyak kemungkinan yang ada'
A, B dan C mungkin adalah berkaitan dengan kerjaya. Siapa tahu.
Saya membayangkan kalau dulu saya ambil keputusan tidak mahu tinggalkan Cyberjaya. Apa yang akan terjadi? Atau mungkin masih bekerja di pejabat pertama di belakang Pavilion (pasti banyak cerita hangat). Tetapi saya pilih untuk berada di sini.
Pilihan. Bersyukur kita mampu membuat pilihan.
Ini mengingatkan saya kepada apa yang terjadi semalam. kita semua berhak memilih. mungkin dia memilih untuk bersama yang itu. seharusnya dia sedar bahawa menghulurkan hati kepada seseorang seolah-olah membiarkan kita mati. bila kasih sayang sudah habis direnggut dan hati dipulangkan, marah benar nampaknya.
marah hingga jadi drama. drama murahan yang semua orang tonton. bukan sejam dua, malah sudah lebih kurang tiga hari drama ini berlangsung. habis telanjang cacat cela ketika bercinta. yang dulu tidak kisah (seperti hingus meleleh sampai ke dagu), hari ini mengungkit tak cukup tanah. jangan marahkan tukang sorak kalau anda sengaja bergaduh di tengah-tengah orang ramai.
nak kata budak-budak, masing-masing dah boleh jadi mak bapak budak. kelakar ada, nak kasi penampar pun ada.
bertempik, bersorak berhari-hari hanya menampakkan kebodohan diri sendiri. aku pernah buat sekali, malas nak buat lagi. hodoh sangat rupanya.
awak pernah pilih jalan itu. tanggunglah akibatnya. belajar untuk jadi dewasa.
pesanan untuk saya.
No comments:
Post a Comment