Saturday, August 25, 2012

Letih


[ pinjam kucing sepupu (mungkin si bertuah inilah yang selalu buang air besar di depan pintu bilik saya *sekeh)] 

seperti biasa, akan sampai satu tahap di mana saya akan terasa burnt out. Ini biasa terjadi bila kerja menimbun dan terasa tidak cukup masa untuk diri sendiri. 

Dulu, waktu mula-mula kerja, saya selalu fikir bahawa kita mesti kerja keras. Tidak perlu rehatkan diri sendiri, tidak perlu bercuti untuk recharge. Setelah beberapa lama, saya dapati ini adalah tidak bagus. Kenapa?

Kita ini macam mesin. Kalau mesin digunapakai terus-terusan, pasti akan rosak juga. Kadang-kadang enjin mesin perlu dihentikan. Sekejap pun jadi. 

Ah susah sangat. Kalau kita tidak cukup tidur, daripada mood elok boleh jadi jahanam kan? Daripada elok-elok cekap memandu, skill memandu boleh pergi ke laut dibuatnya kalau mengantuk. 

Kerja pun begitulah, pada pendapat saya. Perlu rehat, ambil angin, bercuti dua tiga hari di kampung misalnya. ataupun ke pulau. mana-manalah. 

Ahaiii...lambatnya masa berlalu :(

No comments: