Sunday, June 30, 2013

Yang pernah

kita sebenarnya tidak pernah lupa apa yang kita ada. sentiasa, sentiasa ingat.

cuma kita selalu leka bahawa yang kita ada itu boleh juga berubah menjadi yang pernah ada.

lepaskan kalau sudah tidak mampu. lepaskan kalau beban terasa berat amat. untuk apa lukis senyum kalau boleh senyum secara semulajadi sekalipun hanya sendiri? atau mungkin boleh senyum gembira dengan bantuan yang lain.

masa masih ada (kalau tiada pun sudah ditakdirkan. bising-bising pun tak dapat apa). melangkah pergi jauh-jauh kalau perlu. kalau satu hari nanti garis selari ini ditakdirkan bertembung semula, tahulah kita.

tahulah kita itu adalah petanda :)

No comments: