Saturday, August 03, 2013

fikir-fikir-fikir




(tentang hubungan. tidak kiralah tentang persabahatan atau apa)

A: kau..kenapa selalu senyap?
B yang sedang tunduk, meninjau di sebalik kaca mata. A membalas pandangan yang bisu, hanya mengulang pertanyaan melalui pandangan mata.

sela tanpa bunyi. yang sebetulnya memeningkan.

A: apa lagi yang kau fikir panjang-panjang ni? nanti mulalah tak mau keluar dengan aku, tak mau jawab telefon. semua pun nak sendiri.

B cuma tersenyum. apalah yang A faham dengan kehidupan yang berselirat.

A: kau sahaja yang buat benda jadi rumit. semua itu tidak perlu jadi rumit sebenarnya.

Tipikal A.

B cuma senyum.

B: kalau aku mahu sarapan pagi pun aku fikir panjang, apa membuatkan kau fikir aku mahu redah saja bila sampai pada perkara ini?

No comments: