Saturday, August 10, 2013

puas hati


A: ini gambar di mana?
B: rumahlah.
A: rumah? buat sendiri ye?

lebih mudah sebenarnya. memanglah nampak remeh tapi seronok. bukan senang nak bergotong-royong sama-sama buat kuih. tak perlu ceritalah gotong-royong di kampung kalau di rumah sendiri pun dah fail.

masa inilah mahu cuba bermesra dengan orang tua. selalu tu mood dah ke laut sebab penat. muka ketat kalau bercakap. sebab kita tiada pilihan lain selain daripada bermuka manis untuk juadah buka puasa, maka pura-pura gembiralah walaupun macam ada harimau dalam perut.

kalau buat sendiri, tahu dah apa yang kita mahu. setengah orang tak mahu sengkuang. yang lain tak mahu lobak (entah apalah yang mereka mahu sebagai inti popiah. jangan tanya). ini juga peluang untuk belajar buat popiah. selalu main tunjuk sahaja, kali ini ha tunggulah. lepas buat inti kene keringkan berapa jam. kemudian gulung. gulung mesti simetri walaupun untuk hidangan di rumah.

kemudian berebut siapa nak goreng. bukan mudah ya sebenarnya perihal makan-memakan ini.

B: aah. buat sendiri.

:)

No comments: