Saturday, January 02, 2010

ye, itu dia. mengambil masa berhari-hari nak sambung entri

baiklah, kita sambung penceritaan (sbrnya nak tulis kat due org je tapi sukehati la)
eh dah no berapa hari tu? tak ingat la. oke kite mule dr 1 la

1. pakaian - ini sangat penting ye. perlu ada baju utk cuaca yang sejuk dan cuaca panas. pastikan baju yang sedikit tebal dibawa bersama, manalah tahu hujan pulak kan. dan baju yang tidak begitu tebal juga diperlukan utk acara makan secara pukal. kejap lagi dah makan banyak-banyak, panas pulak kan?

seluar juga adalah penting. kalau boleh bawak seluar jerut (kalau berani, pakai la) semasa aktiviti makan juga. ya, jgn nak tipu. mesti makan dgn byk masa cuti, lebih-lebih lagi bukannya nak pegi island. lagi la byk nak makan.

dan memandangkan lokasi kita adalah kuala selangor (sape-sapa yang tak ikot tu buat-buat la mcm nak ikot), kita memerlukan seluar yang sesuai utk memanjat bukit malawati yang bersejarah itu ye. jeans pun bole juga tapi kalau nak amek feel outdoor, mungkin cargo pants boleh juga digunakan.

memandangkan kita akan berjalan (dan membawa perut yg bakal lebih had muatan), adalah penting utk memakai kasut yang sesuai. sandal dan sneakers adalah pilihan yang bijak. selipar bilik tidur juga bole digunakan tetapi jangan menangis kalau kaki anda dipijak semasa si pasar malam,ingin membayar ayam percik yang dibeli

HEY, BOLE TAK JANGAN FOKUS PADA MAKANAN SAHAJA

2. adalah penting utk anda memastikan kamera anda berfungsi dgn baik, memori cukup utk mengambil gambar sampai lebam dan bateri cukup hebat utk berfungsi sepanjang masa. jgn jadi mcm satu kes di mana sepupu-sepupu saya bergaduh kerana kamera tak cukup bateri di aquaria. lps tu nak nangis. aku pukul kang saje je. oke sori teremo pula

3. stick to the budget-mmg susah nak buat tapi cuba oke cuba? ye syud, anda perlu halang saya kalau nmpk saya mcm dah tak stable.

4. minum air yang cukup-ini adalah amat penting. syud dan zahida, jgn minum air sg kuala selangor. hiks

dan saya rasa itu sahajalah anda berdua. kalau ada pape, sila msg saye

p/s: tak payah la torch light kau nak buat ape torch light, syuhada? nak pergi taman alam ke memlm buat sesi burung hantu?

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

nanti kt nak berjalan menuju bakau tu tak yah ek? diorang tolong suluhkan? muahahaha

Unknown said...

ini kuala selangor la sayang
bukan taman negara