aku bukanlah seorang yang istiqamah dalam menjaga pemakanan. aku mengaku, bila sampai musim, tiba-tiba saja aku akan jadi begitu peka terhadap pemakanan yang sehat. seperti contoh, baru-baru ini aku giat membeli vitagin kurang gula untuk menjaga kesihatan perut.
btw, mengapakah vitagen kurang gula dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding vitagen biasa. bukankah pembuatan vitagen kurang gula sepatutnya lebih murah kerana kurang gula dimasukkan di dalam minuman tersebut? ha tak paham tu buat-buatlah paham sebab aku pun dah tak paham apa aku tulis.
ouh, kembali kepada perkara pokok.
sekalipun aku tidaklah begitu menitik-beratkan pemakanan diri aku yang berat ini, aku cuba juga makan sayur setiap hari. kalau tidak 5 kali sehari, 1 pun sudah cukup bagus (gile tak seimbang). jadi, emosi aku sungguh terusik kalau buka tudung saji dan tidak melihat sayur. bagaimana dengan serat yang penting untuk penghadaman perut aku? ini sungguh tidak adil.
jadi, kalau tiada sayur di bawah tudung saji, selalunya aku akan tutup tudung saji dengan selamba sambil jadi ikan emas dengan minum air sebanyak mungkin. risau juga sebenarnya kalau-kalau paru-paru aku bakal tenggelam dek air tapi tak mengapalah, aku rela. aku perlu menipu diri yang aku sudah kenyang untuk mengelakkan aku daripada menyunyah saat burung hantu sahut-menyahut.
penipu haram. mana ade burung hantu dekat pantai valley (tiru sepupu yg nak masuk UTM bulan depan. belajar elok-elok douh. nnt petang rabu agak-agak bosan, roger ah kite tgk wayang kat KLCC).
ish. termelalut lagi.
hurm sebenarnya entri ini nak menceritakan perasaan kecil hari bila tiada sayur di bawah tudung saji, dengan harapan nenek membacanya. lupa pula beliau tiada komputer T_T
6 comments:
aku kalau takde sayur aku makan bawang sebagai tanda protes. makan bawang macam makan epal. ngap ngap.
huiyoooo bennnnnn. gile saspek la
nenek cakap masaklah sayur sendirik. dah besar tagun kot- kata syuhada yg berkomunikasi dengan nenek ucu secara telepati. muahaahah
azam aku..sehelai sayur je sehari. orite la tuh kan
syud: ces
azrah: orait tu orait
HAHAHAHA
Post a Comment