Thursday, August 12, 2010

tandas yang serbaguna

(tajuk di atas mestilah dibaca dengan nada doraemon. ah buat-buat tak tau pulak). 

aku cukup pantang kalau tandas dijadikan tempat untuk merokok. sudahlah menganggu orang lain, tidak reti sivik juga. lantai yang bersih sudah dikotorkan dengan bu-abu rokok. tak cukup dengan itu, boleh pula disimbah-simbah air. kau memang sengaja nak tengok awek cun yang tunggu giliran itu jatuh terduduk kerana kasut vinccinya yang licin kan? 

nasib baik aku tak pakai vincci. kaki aku yang lebar tidak memungkinkan aku memakai kasut yang banyak fesyen sebegitu *selitkan nada iri di sini. 

wow. jauh betul terpesong. kalau memandu, sudah sesat ke kuala besut sekalipun niat sebenar nak ke kuala terengganu. 

baiklah, mari pulang ke perkara pokok. 

semalam hanya dapat tidur 4 jam. ketiadaan kipas siling yang masih dibetulkan membuatkan aku tak senang tidur. tak boleh tidur sebenarnya. terasa seluruh koloni nyamuk mengambil kesempatan untuk menyerang aku. 

sekalipun aku tidak cukup tidur, aku keraskan juga hati untuk berpisah dengan katil dan bantal. kalau sampai ke pejabat jam 7 pagi, boleh pulang jam 3 petang. yey!

jam 7, aku bertahan, jam 8, mengantuk boleh tahan, masuk hampir jam sepuluh, aku cari port untuk tidur. di surau tidak boleh, nanti takut terlajak hingga ke petang. 

tandas di tingkat paling atas aku jadikan tempat untuk melelapkan mata selama 10 minit. boleh siap mimpi lagi. bolehlah, biuat bekal sampai jam 1 sebab selalunya jam 1 tengahari, kantuk aku dah terbang ke toulouse (exaggeration). 

nasib baik syaitonnirrojim diikat di bulan ramadhan. kalau tidak, memang tidur berteman la aku pagi tadi. 

2 comments:

Bento-Hide said...

hah! bagus tidor dalam jamban, sedar-sedar kepala atas mangkuk jamban. akibat terlalu nyenyak. hahahaha...

Unknown said...

sumpah mengantuk tak boleh belah la bento. melampau betol. tadela sampai gitu sekali hahhaha