Anda tahu usia anda sudah makin meningkat bila:
1. Anda begitu teruja dengan sambutan ke-40 Sesame Street. Kemudian, anda pergi melawat meja kawan-kawan di pejabat dan memilih karakter kegemaran anda (I love Cookie Monster by the way).
2. Undangan perkahwinan semakin banyak.
3. Anda sudah mula memilih jenama kosmetik yang dapat menghilangkan kedutan di bawah mata.
4. Bilangan kanak-kanak yang memanggil anda kakak atau abang sudah semaking kurang.
5. Emak dan ayah sudah mula bertanya ‘Dah ada kawan ke?’. Kawan di sini tidak bermaksud sahabat ye. Jangan jadi macam saya yang tidak begitu faham bahasa. Djaudyafnu
6. Anda duduk di kerusi dan lihat sepupu anda main Habbo di Internet. Dan anda mula bercerita tentang permainan yang selalu anda main ketika kecil dahulu seperti tutup botol, batu seremban, konda-kondi, Snap dan Old Maid.
7. Bila anda ajak sepupu-sepupu anda main Monopoly, mereka pandang anda dengan satu pandangan yang cukup pelik bila anda berkata ‘Jom main monopoli dekat beranda?’ sebab mereka hanya tahu Monopoly wujud dalam versi komputer sahaja.
8. Anda mula membenci Simple Plan. ‘What’s up with the song? So your parents love your siblings a bit more. That’s not a real reason to slit your wrists”.
9. Pilihan kartun anda terdiri daripada My Little Pony, Jem (Jem is my name! *pegang subang), Smurfs dan Care Bears.
10. Anda mula tidak suka akan lagu-lagu bising tak tentu hala.
11. BFM, Red.fm dan Sinar.fm adalah pilihan anda kerana anda lebih suka mendengar lagu-lagu zaman 80-an.
12. Rancangan TV kegemaran anda adalah Friends.
13. Apabila anda sudah semakin kerap menyebut ayat ini;
‘ Alamak! Bil, Astro/ Maxis/ Celcom tak bayar lagi!’, anda tahu anda sudah semakin berusia disebabkan lebih banyak tanggungjawab.
14. Anda mula sibuk membeli-belah insurans untuk melindungi yang tersayang.
15. Satu masa dahulu, anda bersumpah tidak akan menonton rancangan memasak (sebab nak tengok cerita kartun). Tetapi kini, andalah yang paling teruja bila ada rancangan memasak.
16. Anda berdiri di belakang sepupu anda yang sedang berbual dengan rakan di Myspace. Dan anda mula berkata ‘Dulu kan, kiterang terpaksa main Pacman bila Myspace down.’
17. Dulu, Pacman adalah yang terbaik. Dan anda masih rasa begitu.
18. Anda hafal lirik Careless Whispers. Dan anda pernah menonton klip video lagu tersebut di TV, bukan di YouTube.
19. Anda tak faham apa yang begitu mengujakan tentang band Indie.
20. Anda begitu terasa kehilangan Michael Jackson (ya ya, buang masa but what to do)
21. Anda mula menjauhi makanan segera kerana anda risau tentang metabolisme diri yang semakin rendah.
22. Sepupu anda sikit lagi muntah darah dengan ayat ‘dulu masa aku amek SPM…’, ‘ dulu masa aku kat asrama…,/’hostel kau tade hantu ke weih? Hostel aku ada…’
23. Anda mula rasa rimas dengan Facebook, Twitter, Blog. Anda rasa rimas dengan keadaan dunia yang begitu pesat membangun.
24. Tempat pilihan untuk lepak sudah bertukar menjadi tempat-tempat yang berciri sedikit kekeluargaan.
25. Ciri-ciri teman lelaki idaman sudah menjadi cirri-ciri suami idaman.
26. Anda semakin kerap menyapa rakan-rakan dengan ‘ Dah lama kan tak jumpe kau? 4 tahun? 5 tahun?’
27. Anda sering mengeluh dengan kesibukan bekerja.
28. Anda mula menghadiri alumni universiti anda
29. Anda sangat rindukan zaman sekolah.
30. Anda mula susah untuk bertemu rakan-rakan sekalipun tempat kerja kamu jaraknya kurang daripada lima minit.
Wow. Tiga puluh. Ouh mungkin ada yang saya lupa. Sila tambah. Terima kasih.
new books at my shop
10 comments:
:)) adeh ucu. kenapa ada certain2 tu syud terasa gak?
am I dat old?
oh jangan cakap
'nope,you aren't honey!'
you have aged gracefully
seriously, lately ni aku pon pikir benda yg sama. i'm getting older. kurang gemar dengar lagu bising..
most of the points ko tulis pon aku ada terfikir jugak.
god. we're getting older :( [and we need something to rely on]...
zila sila teka lagu ape..:D
ah we are getting wiser. and to think again, we have aged gracefully.
zila cepat zila. although ni bkn bidang i, i tau jugak tau lagu ni
keane - somewhere only we know ;)
more signs of aging (teruknya i use the word aging :p haha)
- starts to eat all the vitamins in the world, and know the benefits of gingko, primrose oil, omega3, etc. in other words, health freak!
- hitz.fm is not on your playlist anymore
- u barely know half of the top 40 hits songs today
- fast food is not your fav anymore. instead, replaced it with rice
- u like to stay at home on weekends
- u dislike crowded & havoc places
- u start to read more books
- mtv & channel v is not ur fav tv stations anymore. instead, replaced them with discovery channel & history channel
wah..
kenapa maul pon rase cm ade banyak ciri2 tu jugak neh??
huhuhu..
am i getting older THAT fast??
zila: good one
maul: matang la sayang
i know another 1
find comfort in cleaning and doing household chores
ah woman that is so true
and today i tried making triffle!
Post a Comment