Monday, August 16, 2010

berbuka puasa

aku bukan tanak buka puasa di luar. memang nak. lagi-lagi pulak bila kawan baik aku tak lama lagi dah nak keje kat negeri orang. 

tapi harga sepinggan hidangan di luar boleh buat aku tak tidur malam. mana dengan kipas rosak lagi, takut aku tengok sepinggan hidangan sampai RM 24. ala kau puasa, banyak mana sangat kau boleh makan. 

tapi obviously la aku tak boleh samakan keadaan ekonomi aku (financial holocaust di dalam poket) dengan orang lain. sebab aku tengok orang ramai-ramai berpusu-pusu berbuka di luar. aku? bazaar ramadhan pun aku tak pegi. hentah, malas la. sebab kalau aku pergi bazaar ramadhan, mesti aku akan membazir. beli makanan yang aku belum tentu akan tengok pun. 

tahun ini nampaknya, aku lebih selesa makan nasi di rumah. pulang seawal jam 3, dan sampai di rumah jam 4. tak berselera nak berbuka di luar. penuh bukan main, silap-silap bersila atas lantai. 

tapi, bersila di lantai mungkin lebih berprestij daripada bersila kat rumah. bersila kat rumah hari-hari boleh buat. bersila kat lantai kedai makan di KLCC bukan boleh buat selalu. lepas tu boleh bersila dengan pelbagai kaum plak tu. 

itu belum lagi nak bersolat. pendek kata, banyak betul masalah sampai saya jadi banyak sifir nak buka kat luar. saya hanya (eh pakai saya pulak) akan buat exception pada teman-teman rapat sahaja. 

ah sudahlah. merepek apa malam-malam ini. mentang-mentanglah esok cuti. 

3 comments:

Bento-Hide said...

betul betul betul, duduk rumah telan kurma minum air dia punya kenyang punya tune pun dah cantik, tambah nasik dia jadi normal balik.

tapi bila tambah rojak, murtabak, karipap inti angin, kuih pelita, roti john, ayam golek, keropok lekor rasa tepung...

terus malas rasa nak tidur.. hahaha

Unknown said...

aku pon kurang gemar buka kat luar..susah nak semayang...ramai sangat kat surau :(

Unknown said...

bento: haha alhamdulillah. aku masih belom buat begiru.
azreen: itulah. ramai gile mcm semua pun tade dapo nak berbuke kat luar