aku harus akui yang aku tidak suka akan kucing yang sudah dewasa. aku cuma suka anak-anak kucing sahaja kerana mereka comel. ye, kerana saya pilih kasih begitu.
walaupun aku tidak suka kucing biasa, ia tidak bermakna bahawa saya bencikan mereka hingga mahu memijak-mijak mereka. saya masih mempunyai perikebintangan (perikemanusiaan itu adalah kasih sayang pada manusia sahaja kan?). tidaklah sanggup saya ingin menyepak mereka. cukuplah kunci mereka di luar rumah kerana bising tak sudah-sudah.
jadi, pencinta kucing semua, maafkan saya. saya bukan benci kucing cuma tidak suka sahaja.
jauh kita melalut. mari pulang ke titik asal. saya (tadi pakai aku, sekarang pakai saya) pulang pada suatu hari, terhidu bau busuk di depan pintu bilik. puaslah saya cari di mana punca bau tersebut (ya, saya lupa hidupkan lampu). hinggalah saya perasan bahawa salah seekor kucing telah membuang air besar di depan bilik saya.
sungguh. sumpah pasrah. sudahlah baru pulang kerja. nak kene bersihkan pulak. takpelah.
itu hari pertama. ye, hari pertama. lepas tu dia buat lagi. kali ini jam 3 pagi saya terpaksa bersihan bahan buangan. sungguh serius pasrah. sebagai langkah keselamatan, saya semburkan aerosol di depan bilik untuk mengelakkan kucing datang lagi dan buat tandas.
satu hari, selamat lagi. masuk hari kedua, dia buat lagi T___T. cair lagi sekali. terpaksa mintak tolong tuan dia bersihkan.
kali ini. kami sudah dapat mengesan penjenayah yang dimaksudkan. maka, dia telah dikenakan hukuman berkurung di luar rumah.
nenek bising tak sudah sebab dia penat kasi makan dan bersihkan kucing tapi dia buat perangai. yang pedih telinga saya la. kucing tu buat selamba dia je.
kemudian, satu malam, dia buat lagi. masa tu jam 8 lebih. bau dia kali ni Tuhan sahaja yang tahu. apa salah saya? oke adalah sekali dua buatkan ekor dia terkepit kat pintu tapi serius, itu sahaja.
sob. macam mana nak selesaikan masalah ini? buat masa ini, saya cuma sembur aerosol depan bilik. kucing itu pun dah kene kurung dekat luar rumah. kesian juga dengar dia panjat-panjat dinding tengah malam semalam tapi nak buat cemana.
ha, jangan nak komen cakap itu hantu nak masuk rumah. sekeh kang, satu sen tak guna.
baiklah, sudah jam sebelas. untuk sebarang maklumbalas berkenaan cara untuk mengelakkan kucing membuang di depan bilik, sila tinggalkan komen anda. kerjasama anda amat dihargai. terima kasih.
XOXO
3 comments:
Masa basuh tu, basuh dgn air biasa ke ada letak sabun sekali? Pastikan bau najisnya betul2 hilang, sbb dia mcm da mark bhwsanya itulah tandasnya... Harap berjaya.
My cat here also like to troll me. Dia suka buat2 tidur bila I nak grab dia di katil. Plus, he likes blue. Yeah. Dia suka sembunyi mouse PC I. Dia suka block view monitor which hard for me to watch movie. Dia suka tidur kat keyboard. But one thing about cat, when dia berak, means he likes you. They take care of you when you're sick. They give you present like dead animals part of Get Well Soon gift and they protect you from the insect that you don't like such as spider and lipas. Not like dogs, barking saja tapi tak bunuh. Love you blog!
ida: dah dgn sabun. tapi keep sembur aerosol nak aksi bau hilang
stella: takmau lah dead mouse as gifts. ala tapi ...hurm hurm. love your blog too. tak sempat komen.
Post a Comment