Saturday, February 25, 2012

Rimas

aku suka bercerita. bercerita melalui penulisan. aku rasa itu satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada cengkaman hidup yang merimaskan.

ah kau bajet kau tgh tulis novel ke guna bahasa gitu.

anyways, aku rasa kalau aku bercerita baru aku mampu mengawal salah-satu elemen dalam hidup aku. kota ini merimaskan, menyesakkan. semuanya berlumba-lumba, entah apa yang dikejarkan padahal putarannya tak ubah seperti kitar hidup seekor tikus belanda; berpusing-pusing di atas roda yang tidak bergerak.

bangun, muka mata. mungkin mengeluh, mungkin tersenyum syukur. bersiap, pergi kerja. naik tren yang sama kemudian mungkin makan pagi di tempat yang sama. kerja-kerja-kerja kemudian pergi makan. kemudian, sambung lagi. pulang dan kemudian rehatkan diri.

tukis belanda bangun. jalan-jalan dalam sangkar. kemudian berlari. sudah penat, ia makan atau minum. kemudian, sambung berlari. mungkin selepas itu dia makan lagi. entah. aku tak pernah jadi tikus belanda. mana aku tahu.

tetapi kitarannya tidak banyak berubah.

iya, ini jalan yang aku pilih. sebetulnya, aku tidak boleh rasa lelah walau sedikit kerana ini keputusan yang aku buat. maka, aku perlu terima semuanya seadanya.

tetapi oh Tuhan, sering sangat aku berasakan lelah. aku sentiasa menantikan sesuatu yang akan berlaku untuk 'break the monotony' yang sering aku rasakan. selalunya, aku dapat apa yang aku minta, sekalipun ia mungkin sejenis monotony yang aku mahu. padan sangat dengan muka aku kan? sebab itulah orang cakap berhati-hati dengan apa yang kita minta. kan dah kena.

tetapi kadang-kadang yang manis itu datang juga sekali-sekala. jenis manis yang buat kau tersenyum sendirian. mungkin sepanjang hari, mungkin tidak.

yang membuat aku senyum sendiri itu selalunya keluarga dan kawan-kawan. syukurlah, masih boleh gosip dengan emak tentang arwah Latif Ibrahim. bersyukur sangat boleh gelak-gelak dengan emak bila komen tempat dia asyik makan je kerjanya.

syukurlah. syukur juga ada kawan-kawan di sekeliling. sudi juga mereka temankan aku.

cuma sebenarnya aku mahukan gangguan yang lain. mungkin dalam bentuk gangguan yang bakal pindahkan aku dari tempat ini. mungkin, bermastautin di tempat lain.

so, Jared Padalecki, bila nak masuk meminang?

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

"Esok" - kata Jared

:D

You're so sweet, how can Jared say no? ;)

Unknown said...

ouh thanks syud!

Asmaul Juakhir said...

Ucu lambatla, Jared ckp dia xjadi dtg.. Dia singgah umah saya dulu.. Hehehe..