Tuesday, September 21, 2010

Aplikasi iPad: Pocket Frog

Pada suatu hari yang tenang, saya dikejutkan dengan sapaan seorang rakan sekerja mengenai penternakan katak. Nampaknya, beliau sudah pun berjaya dalam bidang penternakan katak dengan begitu bergaya sekali.

 

Di iPadlah. Takkanlah bela di halaman rumah. Ape ke halnya pulak nak bela katak? Kalau bela lintah di halaman rumah tu, macam logiklah juga.

 

Mempersembahkan, aplikasi Pocket Frog untuk iPad yang saiznya tidak berapa poket (kecil). Tapi sumpah comel gile rasa nak tarik keluar dari iPad dan picit-picit katak-katak tu sampai meletup.

 

Pada permulaanya, saya hanyalah bermain permainan Dizzy Frog di mana katak merah-jalur hitam di dalam applikasi itu akan melompat-lompat dari satu daun ke satu daun lagi sehingga tukang main pun jadi pening. Permainan ini agak membosankan sekalipun anda pasti tertawa ria melihatkan gelagat para pemain setiap kali mereka melompat dan jatuh ke dalam kolam.

 

Berbalik kepada Pocket Frog ini, permainan ini membolehkan kita menternak katak dengan begitu pesat sekali, menghasilkan variasi katak yang pelbagai. Terdapat pelbagai jenis katak di dalam permainan ini di mana anda perlulah membela katak yang biasa jumpa, dikacukkan dengan katak-katak yang jarang dijumpai untuk menghasilkan katak-katak yang mempunyai rupa paras yang aduhai sungguh la comel rasa nak lempang-lempang.

 

Permainan dimulakan di mana anda akan mendapat katak-katak yang biasa dijumpai. Anda perlulah memberikan katak-katak ini pemakanan yang cukup supaya ia boleh mencapai kematangan lalu..ehem…menjalani proses persenyawaan. Semasa anda melompat-lompat di atas daun-daun di dalam kolam tersebut, anda juga akan menjumpai pelbagai jenis hadiah. Kadang-kadang, anda akan mendapat jenis katak yang baru ataupun background untuk taman anda. Hadiah tersebut dibalut dengan kertas hadiah yang sungguh cantik tapi tak la macam kotak hantara. Melampau la tu.

 

Jika anda ingin berniaga dengan menjualkan katak-katak anda, anda mestilah memastikan bahawa haiwan ternakan anda gembira (boleh dilakukan dengan meletakkan perhiasan pelbagai. Boleh didapati daripada FrogShop di dalam aplikasi yang sama). Katak yang tidak berapa gembira, harganya adalah lebih rendah. Sebagai alternatif ataupun kalau anda sayang sangat coins dalam game sampai tak mahu beli toys untuk haiwan ternakan anda (read: kedekut), tidak mengapa. Cuma perlu beri mereka makan dengan melompat-lompat di dalam kolam.

 

Anda boleh memilih samada untuk bermain secara online ataupun online. Di sebabkan iPad saya adalah yang basic punya (T_T) maka saya memilih (terpaksa) bermain secara solo. Walaubagaimanapun, anda boleh menghadiahkan katak-katak anda (yang anda dah menyampah ataupun tak muat dalam kandang sebab anda hanya boleh ada 50 katak sahaja dalam satu masa) jika anda bermain secara online. Anda boleh memberikan rakan anda hadiah-hadiah yang lain juga.

 

Kenapa saya suka game ini: Sebab ia comel. Itu sahaja. Tolong jangan persoalkan pilihan saya. Please

Kenapa saya tak berapa berkenan dengan game ini: 50 je? Kamonnnnnnnnn

Rumusan: Saya suka main game ini sebab katak-kataknya berwarna-warni. Saha nak tengok warna-warni melompat-lompat di iPad

5 comments:

s.c.h.u.l.t said...

ya ampunnn. sudah jadi penternak katak dah kakak aku sorang ni. HEHE

Unknown said...

eh sumpah mcm comel gile ni pls. mcm terpaksa addicted ke ape

Calvin Foon said...

The only option that is lacking in this game is the ability to cook the frogs. Imagine - fried frog legs - yum!

Calvin Foon said...

also, it's worth mentioning that there are more than 10,000 frogs to find and breed....and this number will increase to 14,720 frogs after a future update! Yay!

Unknown said...

calvin: feel free to fry your iPad