Sunday, January 15, 2012

#Toyz4Kidz


Note: This is long overdue. Pardon my laziness but here's one for #Toyz4Kids, an initiative for CP (Caring People).

#Toyz4Kidz? Apa itu? Adakah ianya #Kidz4Toyz? Tidak. Tidak perlulah pedo sangat.

#Toyz4Kidz adalah usaha mengumpulkan permainan samada terpakai ataupun baru untuk diagihkan kepada kanak-kanak yang berada di Hospital Kuala Lumpur.

Saya faham, penceritaan bergambar lebih mudah difahami. Mari kita mulakan.

                                                                         

Nak buat baik, bukan senang. Di situ nampaknya Sid cuba mengelar leher saya. Demi #Toyz4Kidz, saya redha.

Pada hari ini, bermula jam 4 petang ke atas, usaha membalut permainan yang telah didermakan oleh orang-orang yang baik hati (terima kasih! terima kasih!) oleh para jemaah CP dan juga ahli-ahli Twitter yang lain. bunyinya Twitter ni dah macam persatuan la pula tapi who cares kan?

Ini pemandangan di dalam bilik soft toys. Saya sangat teruja dengan bilik ini jadi secara semulajadi, akan lebih banyak gambar diambil di bilik ini. Maafkan saya.

                                                      uuu uuuu banyaknya soft toys

                                                                    ini lagi yey!

Lihatlah deretan soft toys ini. Boleh dikatakan semuanya adalah hadiah terpakai yang didermakan. Tidak hanya terhad didermakan oleh ibubapa, saya juga pasti permainan-permainan ini juga datang daripada individu yang ingin melupakan kenangan selama bersama dengan bekas kekasih. See? One man's trash is another's treasure.

Seronok tau berada dalam bilik ini sebab permainan semua sudah bersih dan wangi.


Bolehlah peluk begini tanpa ragu-ragu ye adik-adik? (Saya nak bawa lari sebenarnya tapi tak sampai hati).


                                                    awek siapa ni? dia perlukan lebih kasih sayang tahu?

Lihatlah kegembiraan yang bakal dikongsikan apabila Celcom menderma sekotak besar teddy bear comel-comel bewarna biru.


Ini baru satu bahagian, mari kita beralih ke bahagian lain pula.

ini bahagian barbie pula. weih nak join juga tapi saya mcm tak cukup feminin T___T

Selingan: ini trek susunan JC. Sebab JC ni tinggi, jadi boleh nampak sekerat je dia.


Ini juga didermakan. Bukan hanya adik-adik yang bakal gembira, pakcik ni pun sama. Ikut hati nak juga join racing-racing tapi ada pulak budak kecik kat situ. Nanti dikatakan lebih sudu dari kuah.

Mari pula lihat tanpa JC atau Iqbal menyibuk



Pastilah ada selingan untuk makan-makan kan? Jadi, siapa ingat akan yang ini?



See? See? Ini mmg hikmat, inilah nikmat. Rasa macam kembali ke umur 8 tahun dapat benda ni. Penting tau untuk membekalkan tenaga membungkus toyz. Adik-adik mungkin tak faham tapi kami sgt menghargai benda ini.

Ya, ini pula bilik produksi di mana saya bertugas. Kagum betul dengan usaha mereka mengasingkan permainan ini semua mengikut kategori solo atau berpasangan.


Permainan ini semua kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg-beg yg kecil seperti ini:

                                                    Ah! Patrick!

dan juga ini. Ini beg sumbangan Maxis.


Yang menariknya semasa mengumpul permainan ini semua, kita boleh mengimbau kenangan masa kecil.

The forefathers of brickgame.


Kalau tak dapat brickgame, inilah permainan yang sedikit menyerupai brickgame. Dalam tu ada air, ada butang tepi-tepi dia lepas tu dlm tu ada hoop. Tekan-tekan-tekan untuk naikkan hoop tu.

Kalau dapat ini pun dah hepi tau.

Disebabkan saya pulang awal (dalam jam 9 malam) tak dapatlah ambil gambar permainan yang telah dibungkus. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Semua sekali, kalau nak namakan, takut tertinggal.

Permainan ini semua akan diagihkan kepada penghuni wad pediatrik HKL pada 21 Januari 2012. Terima kasih juga kepada CFM, Maxis, P1 dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam usaha ini. Berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma permainan ini semua, termasuklah yang berada di Singapura.

3 comments:

cek chun said...

usaha murni. tadak sapa nak buat kat penang ke wei??

Unknown said...

hang la buat weih.

SyASyA SaNi said...

Eh..gamba kite dgn barbie doll pon ade!heheks~ ;P

Nice meeting you darla :)