ingat tak masa sekolah dulu?:
1. selalu buat trick tulisan cakar ayam masa sejarah. contohnya terlupe nama orang yang membuka melaka. ingat dah nama dia macam ade P ..P tapi lupa nama penuh (contohnya). maka dengan hikmat tulisan buruk, berjaya membuatkan nama tersebut nampak macam Parameswara. kalau kroni baik dengan cikgu, mungkin akan dapat markah penuh. tapi selalunya hampa.
2. hari isnin adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. bukan sebab tak sabar menimba ilmu tetapi boleh tidur selama satu jam semasa perhimpunan. tidur sebaik sahaja doa habis dibaca dan bangun sebelum doa dibaca semula.
3. kalau tertidur dalam kelas, selalu buat trick konon-kononnya sedang berfikir dengan kusyuk.
4. selalunya buku yang bersusun atas meja bukan untuk dibaca. ia juga bukan ditindih-tindihkan untuk nilai estetika. sebaliknya untuk dijadikan bantal ketika prep petang dan malam.
5. selalunya kalau habis cuti sekolah, macam nak bergaduh dengan emak sebab malas kemas beg sebab tak mahu pulang ke 'penjara'
6. masa Tingkatan 3, pakat ramai-ramai beli plastik keras nak letak kat bawah tudung untuk kasi tudung nampak kemas. lepas tu kene gelak sebab kadang-kadang plastik terjulur keluar.
7. pemadam empat segi adalah amat disukai, lebih-lebih lagi untuk soalan pelbagai jawapan. kalau takde, terpaksa la baca bismillah ke bace fatihah ke (tapi apsal setiap kali pun jawapan die C?)
8. kalau nak cuti sebab sakit mata, letak ubat gigi kat mata
9. kalau nak ponteng riadah petang, letak air panas dekat dahi, buat muka sedih tidur dekat bilik sakit
10. kadang-kadang masa kelas, muka macam tengah baca buku masa prep dengan kusyuk tapi sebenarnya telinga bersumbat dengan lagu (sorok bawah tudung)
3 comments:
wah ucu,
knape mase sekolah dulu xpenah tau psl trick nih?
hehehehehe..
i tak pernah do all these things. i'm a good student :)
maul: haha penting ni trick ni. muahahaha
zila: yes i know u mesti baik
Post a Comment