hari ini; seperti selalu
arif menunggu bas sekolah di depan rumahnya
buku 'kisah dan tauladan' dibuka dan kepalanya ditundukkan
bebola mata mula bergerak ke kiri dan ke kanan untuk menghadamkan jalan cerita
bunyi ekzos yang agak uzur kedengaran dari jauh
arif tersenyum; bas sudah sampai
sehari lagi menimba ilmu di sekolah.
Selasa; bas tiba jam 11. 25 pagi
Rabu; bas tiba jam 11.30 pagi
malangnya, bas lewat pada hari Khamis
baju sekolah arif lencun dek peluh
bunyi yang biasa didengar dek telinga Arif hanya muncul jam 12.15
Arif betulkan tali leher yang sudah longgar
'maaf nak, pakcik terlambat hari ini'
' tak apa pakcik. tak lambat mana pun'
' ye ke? sekolah masuk pukul berapa?'
' jam 1.45 ptg'
' nama anak ini siapa?'
kalau tidak bas sekolah terlewat, entah bila pemandu bas itu akan betul-betul mengenali arif
kerana satu kejadian yang boleh dikategorikan sebagai tidak begitu menyenangkan
meninggalkan impak yang tidak kurang manisnya
ah begitulah kehidupan
selalunya ada 'hikmah di sebalik kejadian'
p/s: kalau tidak ada yang 'tercuit', tak hadirlah kemanisan hidup :)
No comments:
Post a Comment