jari-jemari dompok persis keropok lekor cuba tekan papan kekunci laju-laju
tergelincir, maka 'j' jadi 'k'
menukar 'mencari jodoh' kepada 'menjari kodoh'.
ah cetusan rasa yang hodoh.
betapa idea tidak mahu singgah di ruang kranium
semuanya sudah beli tiket melancong ke timbuktu atau sao tome & principe
tidak mahu langsung singgah untuk membantu otak bersenam
tidak lama lagi Piala Dunia FIFA 2010
yang longgar, kita ketatkan
yang berkarat, kita mandikan dengan minyak pelincir
tetapi 'maaf. perkhidmatan tergendala sebentar. sebarang kesulitan amat dikesali'
si pemilik jari dompok mari cuba untuk menitipkan cetusan rasa
pincang dan sedikit tepok; nampak sangat seninya tidak cukup berseni
penghayatannya tidak menjadi.
beginilah kalau waktu kelas Bahasa Melayu semasa sekolah menengah
cuma nganga seluas landasan kapal terbang
hasilnya kosong, sifar
buat malu diri sendiri.
bantulah aku tulis puisi
bantulah aku yang sungguh buta seni.
No comments:
Post a Comment