Saturday, September 04, 2010

' Apa yang ada dalam beg ni?'

' Apa yang ada dalam beg ni?'

' Berat betul!' kata nenek.

' Err barang?' aku jawab dengan nada takut-takut. Silap jawab, mau kene marah secara pukal. Habis kerja jam 3 petang, ini sudah malam baru ingat rumah.

' Macam ada bom,' tambah nenek lagi.

Hamboih. Kalau kita ada kat lapangan terbang ni, tak mengajarlah aku esok. Ataupun manalah tau, murid aku nak melawat aku di penjara.

Melampaulah kata ada bom. Ada payung, dompet, kertas, gunting, lens case, lens cleaner, bekas spek, eyeliner dan duit syiling sahaja. Ouh tablet juga perlu. Kalau tidak bakal sangap semasa membuat kerja.

Tapikan, soalan nenek ini sungguh sesuatu. Dia pernah bawa bom ke? Macam tau je bom tu berat mana.

Ok mungkin bukan bom tapi kuih bom.


Sent from my iPad

4 comments:

blur12 said...

hoi....from ipad tuh.

azrah
from netbook acer yg dipinjam dr abah

Unknown said...

azrah: beb, auto beb. bkn saja-saja heee

Bento-Hide said...

lepas ni kita bekalkan askar dengan kuih bom. takdela sampai apokalips kalau pegi perang karang. hahaha

Unknown said...

kang kene tembak tade protection. fall under negligence pulak, ben