Tuesday, January 04, 2011

kalau yang dicari itu tidak pernah berjumpa
nah, itu cerita yang sudah biasa.

tetapi kalau yang tidak dicari itu tetap ada
tetapi sudah cukup elok
mengapa harus dipersoalkan yang tiada?
mengapa tidak dibuka sahaja mata seluas-luasnya?

kerana jam tidak akan berhenti berputar dengan sedikit laungan jiwa kacau
atau dunia meraikan kesuraman wajahmu yang menjemput titis air masin ke kolam mata malam ini
dan tidaklah matahari itu melancarkan tunjuk perasaan, tidak mahu muncul kerana hatimu menerima tetamu bernama 'Duka'.

kau catitlah dalam diarimu hari ini
' Betapa hari ini rindu merenggut kejam jantungku'
' Hingga hela nafas jadi tidak keruan'
aku bersyukur kerana hari ini,
aku sudah kenal erti kawan
atau sekadar ambil kesempatan.

p/s: tenang aja syud :)

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

*peluk ucu sebab terharu*

:)

tenang aja sebab laut (hati syuhada) yang bergelora hanya semalam. HAHAHA. esok lusa dia terus baik.

(kadang2 aku rasa aku ni psycho)

haiyyoh!~